Search This Blog
Wednesday, October 21, 2015
Haram of the Means and Haram of the End Means
Bagaimana para ulama fuquha mengklasifikasikan dosa?
1. Haram of the 'End to a Mean' - Dosa Besar (Al-Kabair)
i) Dosa besar adalah setiap larangan Allah SWT yang termaktub jelas lafazh-nya di dalam kitabNya atau sabda rasulNya dan diancam siksa atas pelakunya.
ii) Perkara yang pada sendirinya tiada kebaikan umum (maslahah) tetapi mempunyai ciri2 kemudhoratan (mufsadah) yang berasaskan dari sumber Al Quran, Sunnah dan Ijtihad.
Contoh:
a) Syirik (thaghut) - perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (QS 5:72)
b) Membunuh (killing of innocent) - "...barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan dimuka bumi, maka dia seakan-akan telah membunuh manusia seluruhnya." (QS 5:32)
c) Mencuri - ”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (QS 5:38)
d) Derhaka kepada Ibubapa - Taat kepada ibubapa adalah satu perkara yang wajib dalam Islam. Ini berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an yang jelas memerintahkan supaya berbuat baik kepada ibubapa, seperti ayat 23, Surah al-Isra’ disebut:
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ahhh’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: ‘Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."
e) Zina - Firman Allah SWT: "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat..."(QS 24:2)
f) Minum arak, judi dan thaghut - Firman Allah SWT: ”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan."(QS 5:90)
g) Riba' - “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.” (QS 3:130)
- Apabila manusia dalam keadaan Darurat (dalam keadaan yang memaksa, state of emergency), maka diharuskan melakukan perkara yang dilarang.
Qawa'id al Fiqhiyyah - Kesusahan disertakan kemudahan (Hardship begets facility - http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/qawaid-al-fiqhiyyah-le…)
2. Haram of the 'Mean to an End Mean' - Dosa Kecil (Ash-Shoghoir) yang menghala kepada Dosa Besar (Al-Kabair)
i) Perkara yang pada asalnya bukan haram tetapi membawa atau menghala kepada Dosa besar iaitu larangan Allah SWT yang termaktub jelas lafazh-nya di dalam kitabNya atau sabda rasulNya dan diancam siksa atas pelakunya.
ii) Perkara yang pada asalnya tiada kemudhoratan (mufsadah) tetapi akan membawa dan menghala kepada kebinasaan dan keburukan umum yang berasaskan al-Quran, Sunnah dan Ijtihad.
Contohnya:
a) Perbuatan yang menyamai sifat2 Allah yang akan membawa kepada Syirik seperti Takabur (Sombong), Ujub (Bangga Diri), Takabur, Riyak, Cinta Pujian Manusia dll tanpa menafikan kewujudan Tuhan yang Esa dan menyekutukanNya.
b) Menafikan atau ingkar pada larangan seperti bersentuhan kulit dengan ajnabi, menutup aurat dan menghiasi diri dengan tujuan menggoda. Perkara2 sebegini akan membawa kepada zina.
c) Jual arak atau duduk semeja dengan orang yang meminum arak.
d) Jual senjata kepada orang ketika berlakunya rusuhan atau berperang. (pada asalnya hukum untuk jualan senjata seperti pisau, parang dll adalah harus seperti untuk buruan, sembelihan dan kegunaan harian)
e) Perkara2 khilaf seperti merokok - Ulama kontemporari seperti Yusof Al-Qaradawi berkata bahwa merokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi sesiapa yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya.
Menurut Ulama lain seperti Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf, Syeikh Hasan Makmun dll bahwa merokok adalah makroh.
- Apabila manusia dalam keadaan Hajiyah (dalam keadaan yang mempunyai keperluan tetapi belum sampai ke tahap darurat), maka diharuskan melakukan perkara2 yang dilarang dalam kategori Haram of the 'Mean to an End Mean' - Dosa Kecil (Ash-Shoghoir) yang menghala kepada Dosa Besar (Al-Kabair)
(Ref: fath al-dhara'i - http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/12/fath-adh-dharai.html)
(Ref: http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/introduction-usul-fiqh…)
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment