Search This Blog
Tuesday, August 4, 2015
Thaghut - Taat kepada Pemerintah Zalim
Setiap manusia akan diuji, tak kiralah berpangkat ke, berilmu ke, kaya ke, miskin ke, tua ke, muda ke...semua akan diuji keimanannya. Firman Allah SWT:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"(Surah ankabut: QS 29:2)
Allah SWT akan menggunakan pelbagai jenis cara untuk menguji manusia yang bersesuai dengan kemampuannya. Kekadang melalui kesulitan dan kepelikan hidup, kekadang dengan kebaikan dan keburukan, kekadang melalui banyaknya harta dan kekayaan, kekadang dengan anak, musibah dan sebagainya.
Kekadang Allah SWT akan menguji manusia dengan menghantar seorang pemerintah yang bersifat tamak dan zalim kepada sesebuah negara untuk menindas rakyatnya. Allah SWT ingin menguji keimanan rakyat dan para ugamawan negara itu, adakah mereka cenderung kepada kebenaran ataupun kepada kemungkaran pemerintah yang zalim itu.
Salah satu daripada amalan syirik ialah beriman kepada thaghut dan salah satu daripada sifat thaghut ialah taat kepada pemerintah yang zalim. Nyata hari ini kita boleh lihat ramai 'penjilat-penjilat' yang sanggup jual agama demi kepentingan diri. Mereka sanggup memperbodoh-bodohkan rakyat dengan fitnah dusta mereka yang tidak masuk akal. Firman Allah SWT:
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.” (Surah An-Nisa: QS 4:60)
Thaghut zaman dulu adalah sama dengan thaghut zaman sekarang yang penuh dengan fitnah dan dusta. Ketaatan kepada pemerintah yang zalim sehingga melampaui batas, melanggar kebenaran dan hilang pedoman adalah diantara sifat2 pengamal thaghut. Firman Allah SWT:
"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Thaghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(QS 2:256)
Selain Dr Asri(Mufti Perlis), dimanakah para ugamawan yang lain seperti ustaz, pendakwah, ulama dan para mufti yang sepatutnya menasihati mereka yang sedang melakukan kemungkaran yang membawa kepada kemudhoratan rakyat jelata? Jika semua para ugamawan bersatu untuk menasihati penguasa yang zalim, nescaya mereka akan berjaya.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment