Search This Blog

Wednesday, July 1, 2015

Kisah Perjanjian Hudaibiyah - Apakah maksud kejayaan?



Ukuran kejayaan kebanyakkan umat Islam hari ini sudah terpesong. Kayu ukuran kejayaan mereka adalah kekayaan, pangkat, kemewahan duniawi dll.

Manakala ukuran kejayaan  didalam Islam adalah ampun dari Allah SWT, penyempurnaan nikmatNya, serta penambahkan pertolongan dan hidayahNya kepada kita ke jalan yang lurus. Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kejayaan yang jelas nyata"

"Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus."

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

(Surah al Fath: QS 48:1-3)

Dalam ayat2 berikutnya, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."(Surah al Fath: QS 48:4)

Peristiwa ini berlaku semasa perjanjian Hudaibiyah dimana salah satu daripada syarat perjanjian itu adalah pulang dan tidak dibenarkan mengerjakan ibadah umrah pada tahun itu dan hanya boleh datang balik pada tahun depan.

Untuk membaca kisah Perjanjian Hudaibiyah yang selanjutnya, sila ke: http://kurauking.blogspot.com/2014/10/kisah-perjanjian-hudaibiyah-war-without.html

Dalam kisah itu, walaupun keadaan dalam huru-hara dan semua para sahabat dalam keadaan beremosi tinggi, Allah SWT telah kurniakan nikmat ketenteraman ke dalam hati memasing. Dan Rasulullah SAW telah berjaya memujuk para sahabat yang sedang beremosi tinggi untuk pulang ke Medina dengan aman dan damai.

Dalam kisah ini, kita boleh pelajari bahwa kita sentiasa akan berdepan dengan keadaan yang tidak diingini (despairful moment) dan tanpa pertolongan dari Allah SWT, kita akan terus terjatuh sungkur dalam kegagalan. Hanya dengan pertolongan Allah SWT sahajalah kita boleh menukar suatu keadaan negative kepada positive.

Selepas peristiwa Perjanjian Hudaibiyah, kejayaan demi kejayaan telah memihak kepada Rasulullah SAW dan para Sahabat ra. Dan dengan demikian, Islam telah berjaya berkembang ke seluruh tanah Arab dan selanjutnya kepada kita pada hari ini.

SubhanAllah, sungguh menakjubkan kebenaran ayat2 Allah SWT ini. Oleh itu, janganlah kita sesekali derhaka kepada Allah SWT yang bersifat 'Ar Rahman Ar Rahim'.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment