Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Harta bukan kebahagiaan



Dulu semasa saya mula2 memeluk Islam, kerap juga saya berdoa memohon kepada Allah SWT kebendaan duniawi sehinggalah saya bertemu dengan ayat2 Quran ini:

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah."

"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya."(Surah al-Isra': QS 17:18-19)

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Hud: QS 11:15-16)

Ayat2 ini telah menyedarkan saya bahwa kebahagiaan bukanlah terletak pada harta benda. Akan tetapi oleh kerana kemuliaan Allah SWT, jika kita memohon kepadaNya, Allah SWT masih juga akan makbulkannya atas RahmahNya tetapi kita jualah yang kena tanggung kesensaraan dari harta itu.

Harta yang banyak tidak menjamin kebahagian, malah akan membawa seseorang itu kepada kesensaraan. Harta yang banyak hanya akan mendorong munusia kearah kemaksiatan. Inilah kudrat dan iradat harta benda. Apabila manusia mempunyai kemampuan untuk melakukannya, dia akan melakukannya walaupun berdosa.

Lihatlah apa yang sedang berlaku pada Perdana Menteri kita, walaupun dia telah beroleh berbillion2 ringgit, dia dibenci dan dihina oleh rakyat jelata dan kehidupannya di dalam kesensaraan. Dan dia terpaksa melakukan kemudhoratan untuk melindungi hartanya walaupun terpaksa menanggung dosa besar.

Apa yang dijanji Allah SWT semestinya tertunai, kenapa kita tidak manu berfikir? Berikut adalah ayat-ayat didalam Al-Quran yang menuntut kita supaya berfikir dengan otak(akal). Firman Allah SWT:

"Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir." (Surah Al-Baqarah ayat 219)

"Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir." (Surah Az-Zumar ayat 42)

"Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir." (Surah Yunus ayat 24)

"Dan perumpamaan perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir." (Surah Al- Hashr ayat 21)

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?"(Surah Fathir ayat 37)

"Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir." (Surah Al-A’raf ayat 176)

Terdapat banyak lagi ayat2 sebegini di dalam al Quran. Oleh itu, kenapa kita tidak menggunakan akal untuk berfikir? Berebut dan merampas harta hanya akan membawa kepada kesensaraan yang teramat perit, di dunia ini dan juga di akhirat.


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment