Ghurur adalah penyakit hati yang menimpa ramai orang di dunia ini. Ghurur menurut bahasa ertinya adalah tertipu daya dengan godaan duniawi yang melalaikan dan buat kita lupa kepada Allah Swt. Penyakit ghurur ini sangat bahaya sebab kebanyakan orang yang menjadi mangsa tidak tahu yang mereka terkena penyakit ghurur ini. Orang2 yang berpenyakit Ghurur akan bangga dan bermegah dengan kesenangan dunia. Golongan ini adalah orang2 yang telah tertipu dengan godaan syaitan(jin dan manusia).
Allah SWT bersabda:
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata."(Surah An-Nisa’ ayat 120)
Syaitan dari jenis jin dan manusia akan menyesatkan manusia dengan godaan duniawi dan tipu daya yang licik mereka sehingga kita tidak sedar akannya supaya kita lalai dan lupa kepada Allah SWT. Penyesatan ini kadangkala mengambil masa yang lama, sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya kita menyangkakan apa yang kita fikirkan itu adalah benar dan bukannya dari syaitan.
Hiduplah sesukamu, tetapi sedarlah bahawa pada suatu ketika nanti, kamu akan dimatikan. Buatlah sesuka hatimu, tetapi sedarlah bahawa apa yang kamu lakukan itu akan mendapat balasan kelak. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hadid ayat 20:
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan serta perhiasan, juga bertujuan bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, bangsa dan keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan di akhirat ada azab yang berat yang di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu, dan ada pula keampunan besar serta keredaan dari Allah disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat. Dan ingatlah, bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (QS 57:20)
The love of the world is the root of all evil. Too many of us now tend to worship self and worldly indulgence. Riches are not from an abundance of worldly goods but from a contented soul. The proud will not enter Paradise, nor a violent speaker. Every human being hath two inclinations, one prompting him to good and impelling him thereto, and the other prompting him to evil and thereto impelling him.
But can anyone walk through water without wetting his feet? No? Such is the condition of the world, they are not safe from sins. It is difficult for a man laden with riches to climb the steep path which leads to bliss. True modesty is the source of all virtues. The Quran says:
"Know that the life of this world is but amusement and diversion and adornment and boasting to one another and competition in increase of wealth and children - like the example of a rain whose [resulting] plant growth pleases the tillers; then it dries and you see it turned yellow; then it becomes [scattered] debris. And in the Hereafter is severe punishment and forgiveness from Allah and approval. And what is the worldly life except the enjoyment of delusion."(QS 57:20)
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment