Search This Blog

Sunday, June 14, 2015

Jangan jadi Penghalang Dakwah


Congratulation to Gymnast Malaysia Gold Medalist 2015 - Farah Ann 


Serulah manusia agar beriman kepada Allah SWT dan bukannya menindas dan menakut-nakutkan mereka dengan hukum hakam syariat Islam. Rasanya jika Rasulullah SAW dan para Sahabat ra. dahulu sering menindas dan menakut-nakutkan muslim yang lemah imannya dan para non-muslim dengan hukum hakam syariat, sampai tak Islam kepada kita pada hari ini?


Ataupun jika saudagar2 Muslim dari Yamen, India dan China yang membawa Islam ke Malaysia 400 tahun dahulu dok asyik cerca hina dan menindas serta menakut-nakutkan datuk nenek moyang kita dengan hukum hakam syariat semasa mereka datang berdagang disini dahulu seperti apa yang kita lakukan kepada ahli Gymnast Malaysia yang memenangi Pingat Emas di Sukan SEA 2015, rasanya datuk nenek moyang kita akan memeluk Islam tak? Dan kita akan jadi muslim tak pada hari ini?

Gambar nenek moyang kita


Fahamilah kenapa Allah SWT menggunakan masa 23 tahun untuk menurunkan Al Quran kepada Nabi SAW. Dalam 23 tahun itu pula, hukum hakam dan syariat Islam seperti halal haram makanan, aurat dan hijab, arak dll hanya diturunkan selepas 12 tahun perlantikan Rasulullah SAW.

Hukum hakam dan syariat islam hanyalah diturunkan oleh Allah SWT setelah 12 tahun perlantikkan Rasulullah SAW dan bukannya serta merta pada tahun pertama wahyu diturunkan. Allah SWT telah mengambil masa 12 tahun untuk menetapkan dan memperkukuhkan hati Rasulullah SAW dan umatNya dengan tauhid dan makrifatullah(mengenal Allah) sebelum syariat diturunkan. Allah SWT berfirman:

"Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu."(QS 25:32)

Oleh itu, mengapa pula kita pada hari ini nak memaksa-maksa dan menindas muslim yang lemah imannya dan non muslim untuk mematuhi hukum hakam feqah? Sebarkanlah ilmu Usuluddin kepada mereka dahulu supaya beriman kepada Allah SWT dan janganlah menakut2kan mereka sehingga mereka benci kepada Islam.

Rasulullah SAW bersabda:
“Yassiruu walaa tu’assiruu, basyiruu walaa tunaffiruu."
(Maksud: ”Permudahlah, jangan dipersulit, berilah kabar gembira, jangan ditakut-takuti.")

Janganlah jadi penghalang kepada manusia untuk beriman kepada Allah SWT. Pamerkanlah akhlak Islam yang Indah supaya mereka yang lemah iman dan belum Islam tertarik dengan keindahan agama ini.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment