Search This Blog

Wednesday, December 17, 2014

Qawaid al Fiqhiyyah - Legal Maxim No 1



Acts are Judged by the Intention Behind Them

All matters are connected to the intentions behind them. This legal maxim is derived from the hadith: "Acts are only judged in accordance with the intention behind them." In the literal sense, the word intention means purpose or objective(maqasid); in the legal usage it refers to strong determination in the heart(niat).


The general rule here is that every act that one voluntarily enters into requires that the intention be made at the beginning of the act. The objective of the intention is to distinguish worship from habit. The intention distinguishes acts that may be seen as habitual and completely unrelated to worship with ritual worshiping act. Like distinguishing a normal bath to clean one's body, with the obligatory purificatory bath(mandi wajib).

Niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara dan amalan yang tidak disertai niat itu tidak mendatang apa-apa kesan. Ulama fiqh bersepakat menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk melakukan kebajikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu ia tetap diberi pahala. Niat juga amat penting untuk menentukan halal dan haram.

1) Hadis daripada Anas yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: "..tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat."

2) Hadis daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Majah: "..manusia akan dibangkitkan berdasarkan niatnya."

3) Hadis daripada Saidina Umar yang diriwayatan oleh Muslim: "..sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasaran niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya."

Fungsi disyariatkan niat

i) Membezakan ibadat dengan adat
• Menahan diri dari makan kerana puasa atau menguruskan badan
• Menyembelih binatang untuk makan atau ibadat korban

ii) Membezakan ibadat dengan ibadat lain
• Ibadat fardhu atau sunat
• Memberikan wang sebagai sedekah atau zakat

Contoh2 Hukum Furuq yang terbentuk daripada kaedah berdasarkan Niat :

a) Seseorang mencuri alat muzik yang melalaikan tujuan merosakkannya, ia tidak dikenakan hukuman hudud, namun jika ia mencuri dengan tujuan menjualnya, ia dihukum

b) Seseorang yang melakukan sesuatu yang diharus terhadap dirinya dengan niat atau meyakini ia adalah haram, dikira haram. Contohnya, menyetubuhi isterinya dengan meyakini isterinya itu adalah wanita lain, ia dikira berzina

c) Seseorang lelaki menyetubuhi wanita lain dengan sangkaan dan meyakini wanita tersebut adalah isterinya, ia tidak dikenakan hukuman hudud sebagaimana orang yang berzina berdasarkan niat dan maksudnya itu

d) Seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya. Jika ia berniat membuat arak, haram hukumnya

e) Seseorang yang meminum air mutlak dengan berniat minum arak, haram hukumnya


Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment