Search This Blog
Friday, June 26, 2015
Riak
Menzahirkan nikmat2 yang Allah SWT telah berikan kepada kita bukanlah riak, ia adalah kesyukuran kita pada Ilahi sebagaimana yang telah disebut dalam Surah Dhuha ayat 11 yang bermaksud:
"But as for the favor of your Lord, report it."
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."
(QS 93:11)
Oleh itu, janganlah kita sesekali menuduh seseorang itu riak apabila dia menzahirkan nikmat Allah SWT. Riak bermaksud melakukan sesuatu yang niatnya bukan kerana Allah SWT tetapi kerana nak membuktikan ketekunan dan kehebatan kelakuannya kepada orang ramai.
Jika seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara baik dari segi ibadah ataupun muamalat kerana Allah SWT dan menyebutnya ataupun menzahirkannya kepada orang ramai, dia mungkin hanya ingin bersyukur dan membuktikan kebesaran dan kemuliaan Allah SWT.
Dalam Islam, kita diajar, "Innamal a'malu bin-niyyat"(segala adalah bergantung pada niat). Jika kita tidak ketahui 'niat' sebenar seseorang itu apabila dia menzahirkan nikmat Allah SWT, maka janganlah kita sesekali membuat penuduhan 'riak' keatas mereka kerana kita mungkin akan terfitnah orang tersebut dan fitnah itu adalah lebih zalim dari pembunuhan.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment