Search This Blog

Friday, July 10, 2015

Apa maksud Da'i?



Ada orang kata, "Amal makruf nahi mungkar juga adalah Dakwah...". Mereka kata mengajak kepada kebaikan dan melarang kemaksiatan adalah kerja dakwah. Mungkin kerana salah tangapan inilah muslim di Malaysia mengabaikan kewajipan menyeru dan mengajak manusia untuk bertauhid kepada Allah SWT.

Dalam agama lain seperti Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian juga mempunyai amal makruf nahi mungkar, malah hukum kepercayaan mereka kekadang lebih tegas dari pengsyariatan Islam. Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah Tauhid kepada Sang Pencipta seluruh Alam.

Ini adalah kerana jika terbatalnya Tauhid maka terbatallah keseluruhan amal. Tanpa keimanan Tauhid kepada Allah SWT, jika berbuat baik seribu tahun pun adalah sia-sia sahaja. Mungkin mereka akan dapat pembalasan yang baik di dunia ini tetapi hakikatnya mereka telah melakukan syirik kepada Allah SWT.

Mengajak kepada kebaikan dan melarang kemaksiatan sebenarnya adalah kerja Islah ataupun Tarbiyah dan bukannya Dakwah. Tugas pertama Rasulullah SAW apabila diangkat sebagai Nabi di Mekah adalah mengajak orang ramai untuk bertauhid kepada Allah SWT.

Oleh itu, marilah kita bersama2 menyambung Sunnah Rasulullah SAW yang paling utama ini untuk mencapai maqasid Islam yang sebenarnya, iaitu menyeru dan mengajak manusia untuk beriman dan bertauhid kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."(QS 16:125)

Dari sinilah lahirnya perkataan Da'i...yang bermaksud 'Dakwah kepada Ilahi'...insyaAllah


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment