Search This Blog

Wednesday, April 15, 2015

Dakwah




Dakwah ertinya mengajak, menyeru, menyampaikan nasihat kepada manusia supaya beriman kepada Allah SWT. Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah sentiasa menjadi pegangan bagi setiap pendakwah untuk memastikan dakwahnya sentiasa berkesan terhadap masyarakat.

Salah satu daripada cara berdakwah kepada non muslim ialah melalui Dakwah bil Hal iaitu mempamerkan Husnul Khuluq(akhlak yg mulia). Apabila mereka melihat keindahan akhlak seorang muslim, maka mereka dengan sendirinya akan tertarik kepada Islam. Setiap kelakuan buruk kita akan dikaitkan dengan Islam, oleh itu kita kena sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah SAW.

Selain dari kefahaman agama asal mereka, kita juga mesti mempunyai kefahaman Islam yg baik kerana mereka akan menyoal kita secara rambang dengan soalan2 kontemporari seperti polygamy, hudud, penukaran nama apabila memeluk Islam dll. Kita juga mesti bersedia untuk menjawab soalan2 yang bersifat hukum-hakam dalam bab2 tahara, halal-haram dalam makanan, solat, berkhitan dll, jika tidak mereka tidak akan yakin pada dakwah kita.


Diantara cara2 berdakwah kepada orang kristian ialah melalui ayat2 dalam bible mereka. Secara ringkas, anda boleh merujuk kepada website ini:-

Goto: http://www.answering-christianity.com/ac6.htm


Untuk berdakwah kepada Buddhist

Goto: http://www.missionislam.com/knowledge/dawahbudhists.htm


Untuk berdakwah kepada orang2 Hindu

Goto: http://saif_w.tripod.com/interfaith/general/…/inhinduism.htm




Ibnu Taimiyah berkata: “Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah dan apa-apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka."

Kita harus ingat bahwa kewahipan kita adalah dakwah dan bukannya menghina agama ataupun tuhan mereka. Islam melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain.

Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(QS 6:108)


Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah SWT menurunkan laranganNya ini. 

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Kita juga harus ingat bahwa bukan semua non muslim kufur kepada perintah Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah ali Imran ayat 113 dan 114:

“Mereka itu tidak sama. Di antara ahli kitab, ada segolongan yang lurus, mereka membaca ayat-ayat Al­lah di waktu malam sedang mereka sujud. Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menyuruh dengan ma’ruf dan melarang mungkar, bersegera mengerjakan kebaikan dan mereka itu termasuk orang-orang yang soleh.” (QS 3:113-114)

Oleh itu, berdakwahlah dengan hikmah, seperti mana yang dinyatakan dalam Al Quran, Surah An-Nahl ayat 125, yang bermaksud:

”Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik..."(QS 16:125)




Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment