Search This Blog
Tuesday, May 26, 2015
Kutub al-Sittah
Kutub al-Sittah adalah 6 Kitab Hadis Utama, iaitu:
1) Sahih Al-Bukhari – oleh Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Lahir pada tahun 194H dan wafat pada tahun 256H di al-Bukhara. Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 hadis.
2) Sahih Muslim – oleh Imam Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi. Lahir pada tahun 204H iaitu tarikh kewafatan Imam asy-Syafii dan wafat pada tahun 261H. Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 hadis.
3) Sunan Abu Daud – oleh Abu Daud Sulaiman bin al-Asy`as as-Sajastani yang wafat pada tahun 275H. Sunan Abu Daud, mengandungi 5274 hadis himpunan Imam Abu Daud. Sebanyak 4800 hadis yang tercantum dalam kitab itu adalah hadis hukum. (m. 888)
4) Sunan an-Nasaie – oleh Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syu`aib an-Nasaie yang wafat pada tahun 303H. Sunan al-Sughra, mengandung 5.671 hadis himpunan Imam Nasa'i (m. 915)
5) Jami` At Tirmizi – oleh Abu Isa Muhammad bin Isa at-Tirmizi yang meniggal pada tahun 279H. Jami' at-Tirmizi, mengandung 3959 hadis himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
6) Sunan Ibnu Majah – oleh Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah al-Qazuwaini yang wafat pada tahun 273H. Sunan Ibnu Majah, mengandungi 4.341 hadis. Sebanyak 3002 hadis di antaranya terdapat dalam Al-Kutan Al-Khasah dan 1.339 hadis lainnya adalah hadis yang diriwaytkan Ibnu Majah(m. 887)
Inilah kitab-kitab hadis yang sangat diberi perhatian oleh para ulama dalam melihat kandungan (matan) dan rijal (perawi) nya.
Sahih al-Bukhari adalah kitab hadis yang paling sahih secara umumnya. Kemudian diikuti oleh Sahih Muslim. Kedua-dua kitab ini mempunyai nilai yang tinggi apabila penyusunnya telah berusaha mengumpulkan hadis-hadis yang sahih daripada Rasulullah SAW. Sekalipun begitu, tidak bermakna semua yang ada di dalam kedua-dua kitab hadis itu sahih. Bahkan terdapat juga kitab hadis lain yang menggumpulkan lebih banyak hadis sahih.
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment