Search This Blog

Saturday, June 20, 2015

Syaitan





“Apabila datangnya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Syaitan yang dimaksudkan dalam hadith ini bukanlah sekor makhluk luar dimensi yg buruk rupanya dan mempunyai dua tanduk. Tetapi Syaitan yang dimaksudkan disini adalah 'sifat'.


Syaitan merupakan kata sifat bagi merujuk kepada sesuatu perkara yang jahat dan buruk. Syaitan di dalam bahasa arab, bermaksud 'Penuduh(accuser), Penghasut. Secara umum, syaitan bermaksud sesiapa yang menjauhkan dan menyesatkan orang ramai dari kebenaran. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu Syaitan Jin dan Syaitan Manusia.

Syaitan merupakan golongan penghasut yang suka memecah-belahkan perpaduan ummah Islam dan keimanan seseorang muslim. Mereka menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan. Mereka akan menjauhkan seseorang dari kebenaran Allah SWT.

Tujuan Allah SWT menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.

Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."(Surah Al-Baqarah: QS 2:169)

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, Muslim diperintah oleh Allah SWT agar berjihad dengan hawa nafsu dan berjaga diri dari segala kejahatan. Oleh itu, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sifat syaitan yg dilaknat Allah SWT telahpun dikurung sebagaimana yang disebut di dalam hadith diatas.

Marilah kita bersama2 berdoa kepada Allah SWT agar diberi kekuatan dan dilindungi dari godaan mereka yang mempunyai sifat syaitan:

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan. Dan aku berlindung kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." (Surah Al-Mukminun: QS 23:97-98)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment