Search This Blog

Saturday, August 15, 2015

IDT 1 - ASAS-ASAS DAKWAH





Salah satu drpd cara berdakwah kpd non muslim ialah melalui Dakwah bil Hal iaitu mempamerkan Husnul Khuluq (akhlak yg mulia). Apabila non muslim melihat keindahan akhlak seorang muslim, maka secara automatik mereka akan tertarik kepada Islam.

Memahami agama asal mereka juga adalah penting kerana kita perlu jelaskan kepada mereka kenapa Islam adalah berbeza dengan apa yang mereka sembah. Kita juga mesti mempunyai kefahaman Islam yg baik kerana merekaakan menyoal kita secara rambang, soalan2 kontemporari seperti polygamy, hudud, penukaran nama Islam, salah anggapan dalam Islam dll.


Kita juga mesti bersedia untuk menjawab soalan2 yang berkaitan dengan hukum-hakam dalam bab tahara, halal-haram, larangan makanan, solat, khitan dll, jika tidak mereka tidak akan yakin pada dakwah kita.

Oleh itu, jika anda berminat untuk mengetahui dan pelajari lebih lanjut lagi cara-cara dan kaedah berdakwah yang berkesan, sertailah kursus asas-asas dakwah yang dianjurkan oleh IDT Centre.

Peserta yang mengikuti kursus ini bakal akan diketengahkan dengan pelbagai medium dakwah melalui pembelajaran asas mengenai kepercayaan asas agama-agama dan budaya mereka.

Tarikh: 3 - 4 October 2015
Masa: 8.30am to 9.30pm
Yuran: Rm30 sahaja
(Bayaran: CIMB 8006897984 - Interactive Dakwah Training & Enterprise)

Tempat: Idt Centre
Tingkat 2
14 Jln 3/27F, Desa Setapak
Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur

Contact: Zaleha Shahid - 019 5694436 / John Selvaraj - 011 15026 604 / Bro Lim Jooi Soon - 012 3661121

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment