Maksud Hablum minallah, hablum minannas adalah pemiliharaan diantara hubungan baik kita dengan Allah SWT dan hubungan baik kita sesama manusia.
Tujuan Allah SWT mencipta manusia dalam pelbagai kaum dan bangsa adalah untuk kita saling sayang menyayangi dan memelihara hubungan baik kita antara satu sama lain. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..."(QS 49:13)
Diantara kaedah dan cara2 menjalin dan menjaga hubungan baik diantara manusia yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa dan agama adalah dengan mempamerkan akhlak yang murni, menjaga adab, saling membantu dan tolong menolong sesama kita serta saling memahami kultural kehidupan dan kepercayaan memasing.
“Sesungguhnya orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah yang paling baik akhlaqnya.”(HR Bukhari #6035, Fathul Bari juz 10 hal. 456)
Islam mengajar kita menjalin hubungan baik diantara satu dengan yang lain agar kita dapat hidup dalam suasana yang baik dan sejahtera. Saling hormat menghormati dan bertoleransi dengan perbezaan fahaman dan kepercayaan diantara satu sama lain amatlah dituntut jika kita hidup di dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Marilah kita bersama2 memulai tahun 2016 yang baru ini dengan menjaga hubungan baik kita dengan Allah SWT dan juga dengan semua manusia, tak kira bangsa ataupun agama, sebagaimana yang dituntut dalam ertikata, 'hablum minallah, hablum minannas."
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment