Search This Blog
Thursday, December 3, 2015
Ucapan kepada Perayaan Non-Muslim
Ucapan "Merry Christmas" kepada orang Kristian adalah perkara muamalat (interaksi sesama manusia) dan segala urusan dalam perkara muamalat adalah harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
Pengharaman ucapan "Merry Christmas" hanyalah ijtihad beberapa ulama seperti Ibn al-Qayyim, Ibn Taymiyya, Ibn Uthaymin yang melarang pengucapkan "Merry Christmas" kerana hari Krismas adalah perayaan keagamaan yang bercanggah dengan aqidah Islam.
Pengharaman mengucap "Merry Christmas" bukannya dari Rasulullah SAW ataupun para Sahabat. Padahal, kepercayaan Kristian dan Bible (QS 2:116, QS 4:171, QS 5:73, QS 19:88-92) serta perayaan mereka telahpun wujud dizaman Nabi SAW, akan tetapi pengucapan "Merry Christmas" kepada orang Kristian tidak pula dilarang oleh Baginda SAW dan para Sahabat pada masa itu.
Allah SWT membenarkan kita bernikah dengan Ahlul kitab dan makan makanan yang mereka sembelih (QS 5:3). Kalau hal demikian telah dibolehkan, kenapa tidak dengan mengucapkan "Merry Christmas"?
Allah SWT membenarkan kita berkawan dan berbaik-baik dengan non-Muslim dan berlaku adil kepada mereka (QS 60:8). Para ulama berpendapat bahwa ucapan "Merry Christmas" tidak menzahirkan kebenaran agama mereka tetapi hanyalah suatu ucapan yang bermaksud seumpama 'Selamat Bercuti'.
Yusuf al-Qaraḍawi and Mustafa Zarqa membenarkan mengucapkan "Merry Christmas" selagi niat kita adalah untuk berdakwah, bukan menyokong kepercayaan Kristian. Mereka juga membenarkan pemberian kad "Merry Christmas" dengan syarat tidak mempunyai gambar 'salib' atau sebarang gambar dan simbol keagamaan mereka.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan juga telah berfatwa bahwa memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah HARUS, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Oleh itu, apabila berlakunya khilaf diantara Ulama, maka kita seharusnya berlapang dada. Kita dibenarkan untuk memilih mana-mana pendapat yang kita yakini lebih memenuhi Syariah Islam. Pada masa yang sama, kita perlu hormati pendapat orang lain, walaupun kita kurang menyetujuinya demi menjaga 'Perpaduan Ummah' yang dituntut dalam Islam (QS 3:108, QS 8:46)
Further Reference:
1) http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/ucapan-merry-x-mas.html
2) http://kurauking.blogspot.my/2014/12/ucapan-merry-x-mas.html
3) http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/greetings-from-non-mus…
4) http://ilmuislamuallaf.blogspot.my/…/istihalah-for-days-of-…
Wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment