Nama adalah pengenalan bagi seorang manusia. Seseorang itu akan dipanggil dan dikenali melalui namanya yang diberi oleh ibubapa mereka.
Urusan kehidupan dunia ini menuntut setiap manusia agar mempunyai nama, justeru semua tamadun manusia menggunakan nama sebagai pengenalan diri.
Setiap orang dan bangsa di dunia ini mempunyai nama yang digunakan untuk dikenali. Inilah yang membezakan manusia dengan binatang.
Apa yang dimaksudkan dengan nama Islam? Adakah ia nama dalam bahasa arab atau melayu ataupun nama yang mempunyai makna yang baik?
Nama Islam adalah nama yang membawa makna dan maksud yang baik yang tidak mensyirikkan Allah baik dari segi bahasa atau maksudnya dan ia tidak semestinya dalam bahasa Arab.
Ramai orang berpendapat bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa arab/melayu tetapi pada hakikatnya nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tak kira dalam bahasa apa kerana Allah SWT Maha Mengetahui.
Akan tetapi, apabila seseorang memeluk Islam di Malaysia, mereka disyaratkan untuk menukar nama mereka ke 'bin' Abdullah, Muhammad dll.
Perbuatan mensyaratkan orang yang memeluk Islam menukar kepada nama Arab @ ‘Melayu’ bukanlah dari ajaran islam tetapi lebih kepada budaya di Malaysia.
Ia tidak pernah diamalkan pada zaman Rasulullah SAW mahupun di serata dunia tetapi hanya diamalkan di Malaysia sahaja. Perlulah diketahui bahawa agama Islam boleh menerima apa jua amalan dan budaya mana-mana bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah.
Ketika Rasulullah SAW memerdekakan Zaid Ibn Haritsah dan mengambilnya sebagai anak angkat dari isterinya Khadijah ra, para sahabat ra mula memanggil beliau Zaid ibn Muhammad. Allah SWT telah menurunkan ayat berikut agar mereka tidak menasabkan Zaid ibn Haritsah selain dari nama bapanya.
Disebut dalam Surah Al-Ahzab ayat 33:5:
“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.”
Dan juga disebut dalam Sahih Bukhari Bab 8 No.578, Sahih Muslim Bab 1 No.120 dan Daud Bab 4 No.5095.
“Sesiapa yang secara sengaja memanggil bapanya dengan nama yang lain akan terkeluar dari syurga.”
Selain itu, disebut dalam Sahih Bukhari Bab 4 No. 467, Sahih Muslim Bab 1 No.118 dan Daud Bab 3 Ayat 5095.
“Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah melakukan kufur.”
Hikmah di sebalik larangan menukar nama bapa
1) Untuk mengelak dari berlakunya perkahwinan di antara ahli keluarga yang diharamkan berkahwin akibat tidak tahu asal-usul keturunan.
2) Nasab adalah sangat penting dalam Islam. Dan nasab seseorang itu adalah berdasarkan nasab bapanya. Atau kata lainnya, Allah telah mencipta seseorang lelaki itu sebagai punca pertalian nasab keturunan. Disebut dalam surah Al-Furqan 25:54 :
“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya titisan baka dan pertalian keluarga”
3) Bagi menunjukkan bahawa orang yang masuk Islam itu masih mengekalkan perhubungan bapa-anak seperti biasa dan bahawa Islam itu tidak sekali-kali memutuskan pertalian di antara kaum keluarga, malah sebaliknya sangat mengambil berat terhadap perhubungan kekeluargaan.
Rasullullah SAW tidak menukar nama bapa sahabat yang memeluk Islam walaupun ia berunsur syirik. Contoh-nya, Abdullah bin Abdul Asad. Nama bapanya tidak diubah walaupun mempunyai unsur syirik iaitu ‘Hamba Singa’ (Abdul Asad).
Sekiranya wajib bagi seseorang itu menukar nama apabila hendak memeluk agama Islam, sudah pasti Rasullullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengamalkannya.
Sebagai contoh Salman al-Farisy dari Persia dan Bilal ar-Rabah dari Etophia, baginda tidak menyuruh mereka menukar nama kepada nama arab apabila mereka memeluk islam.
Sebarang penetapan syarat atau hukum penukaran nama untuk orang2 yang baru memeluk Islam mestilah didirikan di atas nas dan dalil, jika tidak dibimbangi ia akan termasuk di dalam perbuatan taqawwul ke atas Allah SWT, iaitu sesuatu yang tidak Dia diperintah olehNya. Allah melarang perbuatan ini dengan firman-Nya:
“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” (Surah al-Nahl ayat 116)
Menukar nama kepada bin atau binti’ Abdullah bukanlah daripada ajaran Islam. Hal ini kerana, ia tidak pernah diamalkan pada zaman Rasullullah s.a.w., para Sahabat dan Tabiin ataupun mana-mana negara Islam lain selain di Malaysia
Mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad saw, penukaran nama bapa kepada bin/binti Abdullah adalah HARAM dalam Agama Islam.
1) Dalam Al Quran, Allah telah berfirman dalam surah Al Ahzab 33:5 Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber’bin’kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah s.w.t.
2) Hadis riwayat Muslim (8:578,1:120) dan Abu Daud (3:5094) yang bermaksud:
Sesiapa yang secara sedar mengubah nama bapanya kepada nama yang lain terkeluar dari syurga.
3) Hadis Riwayat Bukhari (4:467), Muslim (1:118) dan Abu Daud (3:5095)
Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah kufur.
Keburukannya:-
1) Menukar nama bapa mualaf kpd bin/binti Abdullah bukan saja haram disisi Islam malahan boleh membawa kepada fitnah yakni seperti mengatakan ibu mualaf itu berzina dengan lelaki yg bernama Abdullah.
2) Menyebarkan ajaran palsu sehingga menyebabkan ramai orang enggan memeluk Islam atas sebab mereka dipaksa menukar nama bapa mereka.
3) Kemungkinan berlakunya perkahwinan di antara ahli-ahli keluarga yang diharamkan berkahwin akibat tidak tahu tentang asal-usul Bapanya.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment