Ilmu maqasid telah wujud seiring dengan kewujudan fiqh. Namun kemunculannya pada ketika itu, tidak dirasakan kerana ianya hanya wujud di celah-celah perbahasan ulama’ mengenai Usul al-Fiqh.
Kehadiran Syara' Islam adalah untuk menghasilkan Maslahah (manfaat) kepada manusia keseluruhannya dan mencegah mufsadah (mudhorat). Perkara ini berdasarkan firman Allah:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah..."(QS 3:110)
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (QS 10:57)
"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (QS 21:107)
"Dan tuntutlah anugerah Allah kepadamu demi kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu..."(QS 28:77)
"Sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..."(QS 5:32)
Jika kita tetapi tidak memahami maksud dan maqasid (tujuan dan tuntutan) ayat2 al-Quran, maka kita telah lalai dalam agama dan disifatkan sebagai 'lebih sesat dari binatang ternakan'. Dan hukumannya adalah one way ticket to Hell (nauzubillahminzalik)...
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."(QS 7:179)
>
<
Maslahah pada pandangan syariah ialah setiap perkara yang memenuhi lima kriteria berikut:-
1) Tujuan pensyariatan syariah untuk manusia terkandung dalam menjaga lima perkara, iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan (termasuk juga maruah) dan juga harta.
2) Pensyariatan berasaskan Qawaid al-Fiqhiyyah
3) Ia tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadis.
4) Ia tidak bertentangan dengan al-Qiyas. Ini kerana Qiyas adalah diambil daripada pemahaman terhadap nas al-Quran dan juga al-Hadis. Maka ia merupakan praktikal terhadap nas al-Quran dan juga Hadis.
5) Ia tidaklah meluputkan maslahah yang lebih besar daripadanya. Ini kerana tidak dinamakan maslahah jika ia menghilangkan maslahah lain yang lebih besar daripadanya.
Dalam hadith ini, dengan jelas ianya menunjukkan antara maqasid atau objektif syariat, iaitu memudahkan ummat, tidak membebankan dan senang untuk diamalkan. Begitu juga dengan sabda baginda :
"Rasulullah SAW jika diberikan peluang untuk memilih antara dua perkara, maka baginda tidak akan memilih kecuali yang paling mudah selagimana ianya tidak berdosa.." (Riwayat al-Bukhari)
Firman Allah SWT:
“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran."(QS 2:185)
Wallahu'alam

No comments:
Post a Comment