Search This Blog

Friday, July 28, 2017

Asal-usul dan akidah aliran Brelwi



Brelwi adalah sebuah aliran yang bermula di benua kecil utara India, Uttar Pradesh di sebuah bandar bernama Bareilly. Aliran ini terkenal dengan anjuran kecintaan dan keterlaluan sehingga mensucikan para Nabi dan para wali secara umumnya, dan khususnya Nabi Muhammad SAW.

Ketika pemisahan Pakistan dari India, ribuan pengikut Brelwi ikut hijrah ke Pakistan dan mereka menetap di wilayah Sindh. Di wilayah ini pengikut Brelwi banyak melakukan rekrutmen terhadap organisasi politik terkenal bernama Mohajir Qaumi Movement (MQM) yang bertujuan untuk merdekakan wilayah Sindh dari Pakistan.

Kini, pengikut aliran ini boleh didapati seluruh dunia di Pakistan, India, Bangladesh, Turki, Afghanistan, Iraq, Sri Lanka, Afrika Selatan, Amerika, UK dan lain-lain. Menurut The Concise Oxford Dictionary of World Religions, ia dikatakan mempunyai lebih 200 juta pengikut.

Pengasas kepada aliran Brelwi ini adalah Ahmad Redha Khan Naqi ‘Ali Khan (1856–1921). Dia gelarkan dirinya ‘Abd al-Mustafa (Hamba al-Mustafa/Muhammad). Dia lahir di Uttar Pradesh di bandar Bareilly pada hari Isnin pada 14 June 1856. Beliau meninggal dunia pada 28 Oktober 1921

Ahmad Redha Khan menulis dalam pelbagai topik seperti undang-undang Islam, falsafah, tasawwuf, aqidah, sastera dan lain-lain. Dia menulis dalam Bahasa Arab, Parsi dan Urdu termasuk 30 jilid fatwa yang diberi nama al-Fatawa al-Ridhawiyyah dan tafsir Kanzul Iman.


Antara isu aqidah dalam aliran Brelwi adalah:

1. Nabi SAW berkuasa sepenuhnya dalam urusan manusia. [Al-Istimdad ‘ala Ajyal al-Irtidad,m.29-30]

2. Wali Allah seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani adalah pentadbir bagi seluruh alam [Hada’iq al-Bakhsyish, m. 26.]

3. Para Nabi tidak mati bahkan hidup di dalam kubur mereka, bersolat dan juga makan serta minum [Al-Malfuzat, 3/276]

4. Para wali tidak meninggal dunia tetapi berpindah dari negeri ke negeri [Al-Fatawa al-Na’imiyyah, m. 245.]

5. Para Nabi mengetahui hal ghaib sejak sebelum kelahiran mereka. [Mawa’iz Na’imiyyah, m. 192.]

6. Nabi SAW wujud pada setiap zaman dan tempat [Taskin al-Khawatir fi Mas’alat al-Hadir wa al-Nazir, m. 85.]

7. Roh Nabi SAW hadir di rumah orang-orang Islam [Khalis al-I’tiqad, m. 40.]

8. Nabi Muhammad SAW dicipta dari cahaya. [Ahmed Raza. "Noor o Bashar]

9. Nabi Muhammad SAW berada boleh di banyak tempat pada masa yang sama. [N. C. Asthana & A.Nirmal. Urban Terrorism : Myths And Realities]

10. Nabi Muhammad SAW masih menjadi saksi kepada semua kejadian yang sedang berlaku di dunia ini.


Wallahu'alam

1 comment:

  1. Ilmuan sunni malaysia, aswaja, nadhatul ulama malaysia menyokong Ahmad Redha Khan. biar betul. https://www.facebook.com/PertubuhanMalaysiaNahdhatulUlamaMalaysiaNAAM/photos/a.277845129783468/842113256689983/

    ReplyDelete