Search This Blog

Wednesday, April 19, 2017

Allah berjisim atau tidak berjisim?




Diantara perkara-perkara yang ramai terlepas pandang apabila berbahas tentang bab mujassimah adalah maksud mujassimah itu sendiri.

Menurut para ulama silam, maksud jisim ialah 'badan' (fullstop). Akan tetapi, menurut ahli istilah dan ahli falsafah yang datang kemudian, mereka menterjemaahkan maksud jisim sebagai keseluruhan anggota-anggota makhluk.

Kemudian datang pula ahli kalam yang menyamakan maksud jisim dengan sesuatu bahan atau objek yang kecil-kecil yang boleh digabungkan menjadi sesuatu objek lain yang besar. Ini termasuk air, tanah, kayu, besi dll.

Kemudian datang pula ahli kalam falsafah akidah yang kata jisim itu bermaksud segala-gala dan setiap yang boleh dilihat seperti sesuatu yang bertempat, cahaya, warna dll.

Maka, berlakulah perbahasan dan pergaduhan besar dikalangan umat Islam yang mengakibatkan takfir-menakfir sesama Muslim. Mereka telah mengambil maksud mujassimah yang diterjemaahkan oleh mangkuk falsafah barat itu.

Ibn Tamiyyah pula cuba memperjelaskan khilaf dalam maksud jisim. Menurutnya, jika jisim yang dimaksudkan itu ialah sesuatu (yang ada sifat) anggota badan atau suatu objek kecil-kecil yang boleh digabungkan menjadi sesuatu objek lain yang besar, maka Allah itu TIDAK berjisim.

Akan tetapi, jika jisim yang dimaksudkan itu ialah sesuatu yang bertempat, maka Allah itu berjisim kerana Allah boleh dilihat di akhirat nanti. Semasa peristiwa Isra' Miraj, Nabi SAW juga pernah berjumpa dengan Allah SWT dan berbicara denganNya.

Imam al Ghazali juga berpendapat bahwa Allah SWT bukan terbina dari jisim yang bermaksud unsur-unsur kecil yang boleh digabungkan menjadi sesuatu objek lain.

Tetapi jika ada orang yang kata Allah itu berjisim dan jisim yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang boleh dilihat dan sesuatu yang boleh berinteraksi, maka ia adalah kesalahan dari segi bahasa sahaja kerana mengatakan Allah berjisim.

Orang-orang mutaakhirin yang bermasalah dengan fahaman Ibn Tamiyyah pula mengambil diluar konteks kata-kata Ibn Tamiyyah itu dan menuduh serta memfitnah Ibn Tamiyyah sebagai mujassimah yang berkata Allah itu berjisim dengan maksud Allah ada sifat anggota badan makhluk.

Padahal beliau hanya memperjelaskan khilaf maksud istilah jisim sahaja, yang sama dengan pandangan Imam al-Ghazali. Maka bermulalah kucar-kacir dalam masyarakat Islam sehingga ke hari ini di mana umat Islam takfir-menakfir sesama sendiri akibat dari terjemahan maksud jisim oleh sekumpulan ahli kalam falsafah.


Wallahu'alam
kredit: Ust Salman Ali




2 comments:

  1. Dalam bahasa ingeris sekarang ini jisim bereti atom. Tidak berjisim bereti vacuum tidak ada apa apa. Pada zaman abu hassan ashaari mereka menguna kalam dan mantiq(sain dan logik) untuk mengata Allah tidak berjisim. Zaman adalah zaman islamic golden age. Ahli sain negara mempunyai banyak pengikut dan sangat diagung. Mereka ini pecah kepala nak fikir apa itu tidak berjisim. Tak sampai kat otak mereka. Ahli sain ibn al haytem (100 tahun selepas itu) mengatakan tidak berjisim bolih berlaku tapi tidak tahu untuk bukti. 300 tahun kemudian seorang bishop berkata sekira ingin melakukan pekara tidak berjisim Allah mampu. Jangan pertikai kuasa Allah. Tahun 1750 ahli buktikan tidak berjisim berlaku. Hari kilang kilang mengeluarkan berbagai barang tidak berjisim. Vacuum itu makluk.

    ReplyDelete
  2. Komen diatas berbentuk sain kerana mereka menguna ilmu kalam( zaman mutazila) ulamak agama tidak bincang pun bidang zaman tu. Kita pergi pada bab agama. Al qahhar bererti maha kuasa. a) Allah berkuasa menjadikan tidak berjisim. Tidak berjisim itu mahkluk. b) Allah tidak mampu menjadikan tidak berjisim. Allah itu lemah. Sila pilih a atau b.

    ReplyDelete