Search This Blog

Thursday, October 27, 2016

Memahami istilah bida'ah melalui Maqasid Syariah




Maksud bida'ah adalah suatu hal yang baru, dari segi ucapan ataupun perbuatan dalam kerangkaan agama yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah SAW tetapi dibuat oleh umat setelah kewafatan Baginda SAW.

Bida'ah dalam agama bermaksud sesuatu ucapan atau perbuatan yang direka untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT yang tidak ada contoh dari Nabi SAW. Dalil hukum bida'ah ini adalah:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." (QS 5:3)

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)

Ini adalah diantara 2 dalil yang paling agong dalam permasalahan hukum bida'ah. Terdapat juga beberapa lagi hadith lain yang berkaitan dengan hukum bida'ah, contohnya ucapan Nabi SAW pada permulaan khutbah:

"Amma ba’du. Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Sejelek-jelek perkara adalah (perkara agama) yang diada-adakan, setiap (perkara agama) yang diada-adakan itu adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah kesesatan” (HR. Muslim no. 867)

Kita kerap dengar orang kata bida'ah itu adalah sesat dan segala yang sesat itu neraka tempatnya. Betul ke ungkapan ini? Apakah dalilnya? Jika benar ungkapan ini, bagaimana dengan perbuatan baru para sahabat Nabi SAW seperti membukukan mushaf al-Quran atau solat tarawih berjemaah yang dianjurkan oleh Umar bin Kattab.

Walaupun terdapat pelbagai alasan untuk membenarkan perbuatan2 baru ini, hakikatnya adalah ia adalah merupakan perbuatan yang tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW.

Bagaimana pula dengan amalah zikir secara jahr (suara kuat) selepas solat yang dihukum sebagai bida'ah oleh Imam al-Syafi'i. Begitu juga dengan amalan menyapu tengguk semasa wuduk yang dihukum sebagai bida'ah oleh Imam al-Nawawi. Ini semua adalah perbuatan atau amalan yang sering dilihat dalam masyarakat kita. Adakah tempat mereka telah ditetapkan di neraka?

Oleh itu, saya pun pergi tanya pakar2 feqah, pakar hadith dan buat kajian dari kitab2 ulama silam. Setelah dikaji, rupa-rupanya ungkapan 'bida'ah itu adalah sesat dan segala yang sesat itu neraka tempatnya', adalah hasil dari ijtihad segelintir ulama yang telah menggunakan teori qiyas dengan mengabungan dalil-dalil bidaah dengan dalil 'segala yang sesat tempatnya neraka' seperti yang tertera dibawah ini:

“Setiap kesesatan tempatnya di neraka.” (HR. An Nasa’i no. 1578. Hadits ini dikatakan sohih oleh Syaikh Al Albani di Shohih wa Dho’if Sunan An Nasa’i)

“Sesungguhnya, Allah menghalangi taubat dari setiap pelaku bid’ah sampai ia meninggalkan bid’ahnya” (HR. Ath Thabrani dalam Al Ausath no.4334. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 54)

Setelah digabungkan kedua-dua dalil yang mengatakan 'bi'da'ah itu adalah sesat' dengan dalil yang mengatakan 'kesesatan itu tempatnya neraka', maka terhasillah fahaman dari ungkapan 'bida'ah itu adalah sesat dan segala yang sesat itu neraka tempatnya'. Oleh itu, soalan yang perlu ditanya oleh kita semua sekarang adalah sejauh manakah kebenaran ungkapan ini?

Sebenarnya, ungkapan ini hanya benar pada sebahagian kecil amalan bida'ah sahaja dan bukannya pada keseluruhannya. Ia hanya bersangkut paut dengan perkara yang melibatkan permasalahan akidah sahaja seperti membawa fahaman atau amalan Yahudi atau Tok Sami ke dalam perkara ibadah dalam Islam. Ia tidak melibatkan permasalahan feqah yang juga disebut bida'ah.

Walaupun permasalahan feqah mempunyai kaitan dengan sifat bi'da'ah yang difahami sebagai perkara baru yang tiada contoh dari Nabi SAW seperti bacaan Qunut pada solat subuh, bacaan basmallah secara sirr atau jahr dalam solat, lafaz niat, baca Yasin pada malam jumaat dll, ia tidak boleh disamakan dengan bida'ah yang melibatkan akidah yang syirik. Bida'ah dalam permasalahan feqah adalah dari sudut ilmiah yang berunsurkan tarbiyah dan islah.

Oleh itu, janganlah kita jadi seorang Muslim yang terlalu alergik dan sensitif apabila terdengar perkataan bida'ah ni. Dalam ilmu feqah ni, ramai ulama silam yang telah menggunakan perkataan bida'ah, contohnya Imam Hanifah pengasas mazhab Hanafi yang mengatakan amalan akikah oleh pengikut mazhab Syafi'i sebagai amalan bida'ah.

Adakah maksud Imam Hanifah pengikut mazhab Syafi'i yang mengamalkan amalan akikah itu akan masuk neraka? Tidak, sudah tentu tidak. Bida'ah jenis ini adalah bida'ah dalam bidang feqah yang bersifat ilmiah yang merupakan istilah lazim dalam perbahasan akademik yang ramai ulama silam telah pakai.

Para ulama menggunakan istilah bida'ah dalam perbahasan ilmiah untuk mengambarkan sesuatu amalan baru yang bukan sunnah supaya dapat dibezakan dengan sunnah Nabi SAW agar mereka dapat merapatkan lagi kasih sayang mereka dengan baginda SAW.

Bida'ah dalam perbahasan ilmiah dalam ilmu feqah tiada kaitan dan tidak sama sekali mempunyai hubungan dengan ungkapan 'bida'ah itu adalah sesat dan segala yang sesat itu neraka tempatnya' (salah faham yang terhasil dari ijtihad segelintir manusia dengan menggunakan teori qiyas).

Perbahasan masalah bida'ah hanya wujud dalam kerangkaan perkara ibadah sahaja. Perbahasan masalah bida'ah tidak wujud dalam kerangkaan perkara muamalat (interaksi manusia sesama manusia). Ini adalah kerana hukum asal perkara muamalat (perkara di luar ibadah) adalah harus sehingga ada dalil yang melarangnya.

Bid’ah dalam konteks keduniaan atau perkara muamalah yang memberi maslahah (kebaikkan/manfaat) kepada umat manusia yang tidak bercanggah dengan syariat Islam adalah sesuatu yang harus dan dibolehkan. Dalil hukum harus bida'ah perkata muamalah adalah:

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi..." (QS 2:29)

“Kamu lebih tahu urusan dunia kamu." (HR Muslim, no. 2363)

“Jika sekiranya sesuatu itu (berkaitan dengan) urusan dunia kamu, maka uruskanlah dengannya dan kalau sekiranya (ia berkaitan dengan) urusan agama kamu maka kembalikanlah kepada aku." (Musnad Ahmad, hadits no. 12086; Sunan Ibn Majah, hadits no. 2462)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment