Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Cruelty to animals - Mercy Slaughtering



Muslim di serata dunia akan menjalankan ibadah korban pada Raya Aidul Adha yang jatuh pada hari Khamis (24/9/2014) pada tahun ini.

Cara penyembelihan yang Halal bagi Muslim adalah dengan cara 'Mercy Slaughtering' yang diajar oleh Rasulullah SAW. Setiap bahagian lembu itu akan dimakan atau digunakan dan tiada yang akan dibazirkan.

“Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”(Hadis Riwayat Muslim)

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Dengan cara penyembelihan ini, keseksaan dan kesakitan binatang itu semasa sembelihan telah dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Ini adalah untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih.

Walaupun demikian, Muslim di serata dunia telah digelar sebagai penzalim oleh kumpulan yang tidak makan daging lembu. Mereka beranggapan bahwa menyembelih lembu itu adalah sesuatu perbuatan yang zalim kepada binatang. Betul ke?

Sebaliknya di Maharashtra, iaitu sebuah negeri di barat India telah mengharamkan penyembelihan lembu kerana beranggapan bahwa lembu itu adalah sesuatu yang suci dari segi agama mereka.

Akibat daripada pengharaman tersebut, lembu2 di sana telah membiak dengan begitu banyak dan pesat sekali sehingga tidak mempunyai makanan yang secukupnya untuk binatang2 tersebut sehingga banyak diantaranya telah mati dari kebuluran dan penyakit.

Bangkai2 binatang itu dibiarkan di pinggiran jalan dan di merata tempat sehingga busuk dan membawa wabak penyakit kepada penduduk di sana. Alangkah baiknya jika binatang2 tersebut disalurkan dan diberi kepada orang2 yang kelaparan dan kebuluran dari dibiarkan membazir begitu sahaja?

Siapakah sebenarnya yang lebih zalim?



Source: https://www.facebook.com/syedrisalathjah.taffu/posts/10200916002739017


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment