Dengan menggunakan Islam sebagai kayu pengukur, kita dapat lihat dan memastikan kumpulan yang mana satu mempunyai nilai2 murni dan yang mana satu membawa kepada kemudhoratan masyarakat.
Kerajaan merupakan entiti yang diamanahkan oleh sekelompok masyarakat dalam melaksanakan pemerintahan, pengurusan sumber, ekonomi, pemerkasaan rakyat dan hubungan dengan masyarakat luar.
Dengan erti kata lain tugas kerajaan adalah untuk mengurus dan mentadbir masyarakat supaya masyarakat dapat hidup dalam suasana yang mereka inginkan. Kerana itu, kerajaan dibekalkan dengan alatan yang dipanggil kuasa bagi memudahkan tugasnya.
Kuasa yang diberikan oleh masyarakat kepada kerajaan adalah merupakan kepercayaan rakyat kepada kerajaan untuk menolak kemudharatan. Namun apakah atas alasan menolak kemudharatan, maka kerajaan boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa bagi menyekat apa sahaja entiti yang kononnya dikatakan ejen kepada kemudharatan tersebut?
Kadangkala perbezaan dalam budaya dan fahaman serta kepercayaan disalah anggap sebagai kemudharatan dan diapi-apikan oleh sesetengah pihak berkuasa yang hanya mementingkan diri sendiri. Ini merupakan kesalahan yang sangat jelas.
Perbezaan sepatutnya diselesaikan secara harmonis dan melalui perbincangan dan pertukaran pendapat. Islam telah memberi banyak garis panduan dan bimbingan kepada masyarakat untuk hidup secara aman damai dan sejahtera.
Oleh itu, orang-2 Islam yang telah dibekalkan dengan ajaran Islam dan al-Quran perlu memainkan peranan mereka sebagai leader dan role model kearah pemerkasaan masyarakat yang membawa kepada kemaslahatan dan bukan sebaliknya. Firman Allah SWT:
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna."(QS 39:9)
Alhamdulillah, hari ini kita dapat lihat siapakah yang berakal sempurna dan sekaligus dapat membezakan kebenaran dengan kebathilan yang telah dipamerkan oleh sesetengah pihak dan orang2 yang digelar 'Muslim'. Mereka inilah yang memberi nama buruk kepada Islam. Allah SWT berfirman:
"Adapun orang-orang yang kafir (akan disoal): "Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?"
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment