Pages

Pages

Thursday, December 18, 2014

Usul Fiqh - Qawaid al Fiqhiyyah



Usul fiqh adalah manhaj ilmu yang menghuraikan permasalahan hukum-hakam dengan menggunakan methodology para imam mujtahid dalam menetapkan hukum syara dari nas dan dalil yang berasaskan Al Quran dan As Sunnah.

Qawaid al Fiqhiyyah pula ialah kaedah-kaedah yang digunakan dalam Usul Fiqh oleh ulama2 Mujtahid dan ahli fatwa dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah2 yang tidak disebutkan hukumnya dalam dalil-dali Al Quran dan As Sunnah dalam permasalahan baru (nawazil).

Qawaid al Fiqhiyyah are the legal maxims that deals with the principles of Ijtihad(independent reasoning) for the rulings of new occurrences when there are no clear evidence or absence of a clear statement from the Quran and Sunnah Mutawatir. It is the science of methodology of deducing fiqh rulings from the established legal maxims.

Qawaid al Fiqhiyyah allows one to know the ruling of a new occurrences when there is no clear evidence from the Quran and Sunnah. Islamic Fiqh or jurisprudence are built upon on these five legal maxims, they are:

1) Acts are judged by the intention behind them.
(al-Umur bi-maqasidiha) - Sesungguhnya setiap amal perbuatan Itu bergantung pada Niat sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana ingin mendapatkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-1.html

2) Certainty is not overruled by doubt.
(al-Yaqin la yuzalu bish-shakk) - Keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

- Seseorang yang telah meyakini sesuatu perkara yang telah ditetapkan hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan maka keyakian yang asal itu dipakai dan keraguan yang datang selepas itu tidak diambil kira. Contohnya:

* Seseorang yang yakin berwuduk dan selepas itu datang syak samada berhadas atau tidak maka ia dikira masih suci.

* Asal sesuatu itu dikira harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.
Contohnya, binatang yang tidak jelas tentang haramnya, maka hukumnya halal dimakan.

http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-2.html

3) Harm must be eliminated.
(al-Dararu yuzal) - Membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta.

Terdapat pelbagai jenis mudarat yang telah diklasifikasikan oleh para ulama. Antaranya, mudarat kecil dan mudarat besar, mudarat khusus dan mudarat umum, mudarat jangkamasa pendek dan mudarat jangka masa panjang.

http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-3.html

4) Hardship begets facility.
(al-Mashaqqat tujlab al-taysir) - Kesulitan atau kesusahan disertai dengan kemudahan

Firman Allah SWT maksudnya : " Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Surah al-Baqarah ayat 185)

* Rukshah(keringanan, kemudahan) diberikan kepada:
* Musafir. Boleh qasar dan jamak solat.
* Sakit. Boleh bertayammum atau meninggalkan puasa.
* Terlupa. Makan kerana terlupa pada bulan puasa dimaafkan.
* Keadaan Darurat atau terpaksa. Kelaparan yang boleh mengancam nyawa diharuskan memakan benda yang diharamkan.

* Umum al-Balwa. (Tidak dapat di elakkan) Air jalan raya yang terpercik pada kain pada hari hujan dimaafkan.

*Tuntutan taklif (tanggungjawab) tidak dikira musyaqqah (kesukaran) kerana mengikut adat tidak menjadi bebanan malah ia adalah satu keperluan.

http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-4.html

5) Custom(Urf) is the basis of judgement.
(tahkim al-'Adat wa al-ruju' ilayha) - Adat(Urf) sebagai salah satu faktor penyumbang kepada ketentuan hukum. Adat adalah hakim dalam pembentukan undang-undang sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Apa yang dinilai oleh orang kaum muslimin itu baik maka ia adalah baik disisi Allah dan apa yang dinilai oleh kaum muslimin itu buruk maka ia adalah buruk disisi Allah." (Hadis Riwayat Bukhari dari Ibn Mas'ud r.a)

Syarak Islam mengambil uruf dan adat sebagai dalil untuk membentuk perundangan Islam dan menjadikan adat tempatan itu sebagai hakim dalam pembentukan undang-undang.

http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/qawaid-al-fiqhiyyah-legal-maxim-no-5.html

OTHER RELATED TOPICS

1) Introduction: Usul Fiqh dan Maqasid Syariah
http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/introduction-usul-fiqh-dan-maqasid.html

2) Reason and Revelation
http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/reason-and-revelation.html

3) Ahkan(plural Hukum)
http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/ahkam-plural-hukum.html



Wallahualam





No comments:

Post a Comment