Pages

Pages

Thursday, December 18, 2014

Qawaid al Fiqhiyyah - Legal Maxim No 2



Certainty is not overruled by doubt

The meaning of this legal maxim is that the ruling of certainty is not removed by doubt, be it 50/50 or 70/30. The legal basis for this maxim is derived from the hadith: ”Whenever one doubts and does not know whether one prayed three or four rak'ats, such person should act on certainty and ignore the doubts."


The norm(asal) is that the status quo remains as it was before. A common example of this principle is the certainty of purity in the face of doubt. When one has conviction of purity but then doubts about having nullified ritual purity, such doubt is ignored.

Likewise, if one is certain of their ritual impurity but then doubts about having perform ablution or not, one is still considered to be in a state of impurity. Another example is when one doubts about the number of rak'aats performed. In this instance one bases one's certainty on the lesser amount.

Kaedah fiqh yang kedua adalah "Keyakinan tidak hilang dengan keraguan"(al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak). Ia bermaksud sesuatu perkara yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang ada. Ia juga bermaksud keyakinan yang asal tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan keraguan atau syak.

Keyakinan dan Syak(keraguan) adalah suatu perasaan dalam hati seseorang. Kaedah Fiqh ini mengajar kita apabila berlaku pertembungan di antara yakin dan syak, maka keyakinan tersebut akan diambil kira. Kaedah ini adalah berasaskan nas dan dalil dari Al Quran dan Sunnah, contohnya:

“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.” (QS. Surah Yunus : 10:36)

Dari Abbad bin Tamim dari pamannya berkata : “Bahawasanya ada seseorang yang mengadu kepada Rasulullah SAW bahwa dia merasakan seakan-akan kentut dalam solatnya. Maka Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah dia batalkan solatnya sampai dia mendengar suara atau mencium bau.” (HR. Bukhari : 137, Muslim : 361)Imam Al Khathabi berkata: “Hadith ini menunjukkan bahawa keraguan tidak boleh mengalahkan sesuatu yang yakin.” (Lihat Ma’alimus Sunan 1/129)

Hadith ini adalah salah satu pokok islam dan sebuah kaedah yang besar dalam masalah fiqh, iaitu bahawa keyakinan yang asal tidak dihilangkan oleh keraguan. Kaedah ini mempunyai kedudukan yang sangat agung dalam islam, baik yang berkaitan dengan fiqh mahupun lainnya, bahkan sebahagian ulama menyatakan bahawa kaedah ini merangkumi tiga perempat masalah fiqh atau lebih. Ini adalah sebuah kaedah yang disepakati oleh para ulama , bahawasanya sesuatu yang meragukan dianggap seperti tidak ada.


Wallahu'alam





1 comment: