Pages

Pages

Friday, April 10, 2015

Antipodes Kaabah




Antipode bermaksud tempat atau pusat yang bertentangan dengan sesuatu tempat di bumi. Tempat atau pusat yang bertentangan dengan Kaabah ialah di Pacific Ocean, berdekatan dengan Tuamotus Island, French Polynesia dan Pitcam Island, kira-kira 35 batu (56 km) timur laut Tematangi atol dan 85 bt (137 km) barat-barat laut Moruroa atol.

Untuk melihat Antipodes Kaabah di Google Maps dan Google Earth, sila search:

-21.422509,-140.173826 @-21.422509,-140.173826(ia bukan diatas pulau yang ditunjuk oleh Google Maps/Earth, tetapi dilautan)


Jika anda berada diatas kapal betul2 ditempat/pusat ini, anda boleh Solat menghala ke arah mana2 sahaje. Kiblat orang yang Solat dipusat ini adalah bebas, sesuka hati nak menghala ke arah mana kerana semua arah adalah sama jarak menghala ke Kaabah. Selain dari pusat antipodes ini, arah Kiblat diambil kira dari arah ibarat seekor burung yang memulakan penerbangannya, menghala garisan terus ke Kaabah dalam masa yang paling singkat.

Terdapat dua masa dalam setiap tahun apabila matahari akan berada tegak di atas Kaabah. Arah bayang-bayang di mana-mana tempat diserata dunia yang disinari matahari akan menunjukkan secara langsung ke arah kiblat. Ini berlaku pada 27 Mei atau 28 Mei di 09:18 GMT dan pada 15 Julai atau 16 Julai pada 09:27 GMT. Begitu juga terdapat dua masa dalam setiap tahun apabila matahari secara langsung ke atas antipodes Kaabah. Ini berlaku pada 12 Januari atau 13 Januari di 21:29 GMT dan pada 28 November di 21:09 GMT.

Muslim tidak menyembah Kaabah. Ia berfungsi sebagai titik tumpuan(focal point) bagi umat Islam di seluruh dunia, menyatukan mereka dalam ibadah Solat dan melambangkan kepercayaan yang sama diserata dunia.
Bagaimanakah kita nak menjawab mereka jika ditanya oleh rakan2 non muslim kita mengenai soalan ini? Jawapan saya untuk soalan ini senang saje, iaitu:

1) Orang Islam tidak sembah Ka'abah kerana pada zaman Nabi Muhammad SAW, selalu ada seorang Afrika(Bilal ibn Rabah) yang selalu naik atas Ka'abah dan menjerit2(azan). Beranikah awak pijak atas tuhan awak dan menjerit2?

2) Orang Islam tidak sembah Ka'abah kerana ia bukan seperti tuhan awak dimana awak dilarang memijaknya walaupun atas gambarnya. Berjuta2 orang memijak Ka'abah setiap hari apabila mereka melakukan sembahyang, kalau tak percaya lihatlah apa gambar yang ada diatas sejadah orang Islam.

3) Orang Islam tidak sembah Ka'abah kerana jika awak suruh sebuah helicopter alihkan Ka'abah itu kerumah awak, adakah orang2 Islam akan menghala ke arah rumah awak apabila mereka melakukan Solat?

4) Orang Islam tidak sembah Ka'abah kerana ia cuma satu 'focal point' atau arah tuju yang diperintahkan oleh Allah SWT apabila kita melakukan ibadah Solat(QS 2:144).

5) Dan yang paling penting sekali ialah orang Islam tidak sembah Ka'abah kerana ia adalah one way ticket to Hell(syirik). Jika awak akan dimasukkan ke dalam neraka kerana sembahyang, adakah awak akan sembahyang lagi?

Antipodes Kaabah



Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment