Pages

Pages

Tuesday, April 14, 2015

Diantara Syirik dan Tawasul





Dakwah Muhammad bin Abdul Wahhab
oleh Muhammad Kamil bin Nukman
(ibn Daraami al-Homsi)
27 Ramadhan tahun 1312H


Muka surat 32 - rujuk Al-Othmaniyyun fee at-Taareekh wa al-Hadharah oleh Dr. Muhammad Abdul Hamid Harb, terbitan Darul Qalam, Dimasyq, cetakan kedua 1419 / 1999

Dikisahkan seorang Badwi telah kehilangan untanya. Lalu dia pergi ke kubur seorang alim bernama Saad dan meratap, “Wahai Saad, wahai Saad, pulangkan untaku!” Hal ini berlarutan selama beberapa hari dan akhirnya, perihal Badwi yang meratap di kubur syeikhnya itu sampai ke pengetahuan Muhammad bin Abdul Wahhab. Beliau telah datang kepada Badwi tersebut lalu berkata:

“Apa masalah kamu?”

“Aku kehilangan untaku. Sebab itu aku datang ke kubur syeikh aku. Sesungguhnya Syeikh Saad pasti boleh memulangkan kepadaku untaku yang hilang itu!”, jawab orang Badwi itu tadi.

Muhammad bin Abdul Wahhab bertanya, “Siapakah syeikh kamu yang kamu maksudkan itu?”

Si Badwi menjawab, “Inilah dia syeikh aku, yang duduk di dalam kubur ni!”

Lalu Muhammad bin Abdul Wahhab berkata kepada orang Badwi itu, “Ya Sheikh! Kamu adalah kamu dan kamu hidup serta kamu yang hidup tak mampu mendapatkan untamu. Apa hal pula kamu minta dari syeikh kamu sedangkan dia adalah mayat yang sudah mati. Bagaimanakah mungkin untuk dia keluar dari kubur untuk mencarikan untuk kamu apa yang kamu sendiri tidak mampu lakukan?

Sudahlah, tinggalkan lah si mati itu, mintalah pertolongan daripada Allah dan bukannya dari si dia yang sudah tertanam di bawah batu ini. Dia sudah menjadi tulang. Janganlah kamu minta dari Saad, sebaliknya mintalah daripada Tuhan Saad. Jangan sebut: wahai Saad! Sebaliknya sebutlah: wahai Tuhan Saad! Sesungguhnya Dia berkuasa untuk memulangkan untamu. Ingat, bukan Saad, tapi Tuhan Saad. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu!” (muka surat 31)

Ibn Daraami al-Homsi yang menulis manuskrip itu, membuat komentar untuk Sultan Abdul Hamid II dengan berkata, “sesungguhnya nasihat-nasihat Muhammad bin Abdul Wahab telah pun disebarkan kepada kabilah-kabilah Arab dan mereka menerimanya dengan baik, malah kesannya juga amat teguh.

Pandangannya tersebar ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab dari hujung ke hujung, meliputi Haramain serta Iraq, Hijaz dan bandar-bandar yang lain. Ini adalah sebahagian daripada catatan tentang Muhammad bin Abdul Wahhab yang saya baca dari sumber sejarah Othmaniyyah. Banyak lagi yang boleh dikaji, termasuklah di dalam koleksi nasihat Snouck Hurgronje kepada Pegawai-pegawai Belanda yang berpuluh jilid di Perpustakaan IRCICA di Yildiz Sarayi, Istanbul.



Adalah amat penting untuk saya jelaskan di sini, saya bukan berusaha mempertahankan Wahhabiyyah kerana taasub saya kepadanya atau mana-mana kumpulan. Tetapi apa yang ingin diketengahkan adalah soal kewajipan kita memenangkan AL-HAQ iaitu KEBENARAN. Saya hanyalah seorang muallaf yang suka mengkaji.

Saya ingin menegaskan disini bahwa fitnah adalah suatu dosa yang amat berat disisi Islam. Oleh itu berwaspadalah jika ingin menggunakan gelaran Wahabi yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai satu gelaran untuk melabel orang2 yang berlainan fahaman dengan kita. Gunakanlah istilah lain jika perlu, iaitu gelaran selain dari Wahabi kerana kita berkemungkinan(i repeat, mungkin) akan terfitnah pergasas Wahhabiyyah, iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab.


Jika sumber infomasi saya salah, mungkin saya berdosa kerana menyampaikan sesuatu yang tidak benar. Mungkin juga Allah SWT akan berikan 1 ganjaran kepada saya kerana telah berijtihad bersungguh2 untuk membersihkan nama baik seorang muslim.

Tetapi, jika sumber infomasi orang2 yang suka label orang lain sebagai Wahabi itu salah atau tersilap, maka mereka telah jatuh ke tingkatan dosa ghibbah dan fitnah. Dan ghibbah adalah seumpama makan daging bangkai saudara kamu sendiri(QS 49:12), manakala fitnah itu adalah lebih kejam dari pembunuhan(QS 2:191).

"Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.” (QS 2:217)

Imam Nawawi bin ‘Umar Al-Bantani Asy-Syafi’i menjelaskan dalam tafsirnya (I/64), “Dan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. Sebab, susahnya lebih lama dan sisa sakitnya lebih lama.

(If you're not willing to learn, no one can help you. If you determined to learn, no one can stop you)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment