Pages

Pages

Saturday, April 18, 2015

Mustolah Hadis - Hadith Terminology



Bagi kita(orang awam), jika ingin mengetahui lebih jelas mengenai sesuatu hadits, cara yang paling baik adalah dengan bertanya kepada para ulama ahli hadits. Sebab merekalah yang mempunyai kemampuan dan kemahiran untuk melakukan penelitian sanad dan perawi suatu hadits serta menentukan darjatnya. Setiap hadits itu harus ada alur sanadnya dari perawi terakhir hingga kepada Rasulullah SAW.

Pada awalnya Rasulullah saw melarang para sahabat menuliskan hadits, karena dikhawatirkan akan bercampur-baur penulisannya dengan Al-Qur’an. Perintah untuk menuliskan hadits yang pertama kali adalah oleh khalifah Umar bin Abdul Aziz. Beliau menulis surat kepada gubernurnya di Madinah yaitu Abu bakar bin Muhammad bin Amr Hazm Al-Alshari untuk membukukan hadits.


Ulama yang pertama kali mengumpulkan hadits adalah Ar-Rabi Bin Shabi dan Said bin Abi Arabah, akan tetapi pengumpulan hadits tersebut masih acak (tercampur antara yang shahih dengan, dha’if, dan perkataan para sahabat.

Pada kurun ke-2 imam Malik menulis kitab Al-Muwatha di Madinah, di Makkah Hadits dikumpulkan oleh Abu Muhammad Abdul Malik Bin Ibnu Juraiz, di Syam oleh imam Al-Auza i, di Kuffah oleh Sufyan At-Tsauri, di Bashrah oleh Hammad Bin Salamah.

Pada awal abad ke-3 hijriyah mulai dikarang kitab-kitab musnad, seperti musnad Na’im ibnu hammad. Pada pertengahan abad ke-3 hijriyah mulai dikarang kitab shahih Bukhari dan Muslim.




Pengenalan Mustolah Hadis - Hadith Terminalogy

1) Takrif mustolah hadis

Maksud mustolah hadis ialah ilmu yang berkaitan istilah-istilah hadis seperti hadis hasan, hadis dhaif, hadis sahih, hadis sahih lizatih, hadis sahih lighairi, hadis mauquf, hadis marfu dan sebagainya.


2) Takrif al-hadis

Hadis bermaksud apa-apa yag datang daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, percakapan, sifat akhlak dan juga sifat kejadian sama ada sebelum baginda diutus menjadi rasul ataupun selepasnya.

3) pengertian as-sunnah

Dari segi bahasa as-Sunnah bermaksud jalan atau cara hidup sama ada terpuji ataupun tercela. Dari segi istilah, para ulama hadis mengatakan takrifnya adalah sama dengan hadis. Lawan bagi as-sunnah adalah bid’ah

4) pembahagian sunnah

a) Sunnah qauliyah (percakapan). Ianya mengandungi kata-kata Rasulullah sama ada dalam bentuk nasihat, amaran dan sebagainya contoh termudah sunnah qauliyah ialah hadis tentang niat.

Nabi s.a.w bersabda : setiap amalan bergantung kepada niatnya dan setiap seseorang memperoleh apa yang dia niatkan (H/R Bukhari)

b) Sunnah fi’liyah (perbuatan). Ianya mengandungi perbuatan-perbuatan rasulullah seperti tatacara bersolat, berpuasa, zakat, haji dan sebagainya.

Contoh adalah mafhum hadis :
adalah rasulullah s.a.w bertakbir 4 kali dalam solat jenazah (H/R Bukhari)

c) Sunnah taqririyah (pengakuan). Ianya mengandungi pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap beberapa perbuatan tanpa ada sebarang bantahan.

Contohnya perbuatan khalid memakna dhab dihadapan rasulullah.
Rasulullah s.a.w tidak memakan dhab tapi tidak melarang khalid dan bila rasulullah ditanya adakah ianya haram baginda menjawab tidak (H/R Bukhari)

d) Sunnah khalqiah (kejadian). Ianya menerangkan tentang sifat-sifat fizikal rasulullah. Contohnya hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah (H/R Bukhari)

e) Sunnah khuluqiah (akhlak). Ianya menerang tentang akhlak-akhlak rasulullah.

Contohnya ialah hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling pemalu berbanding perempan yang belum berkahwin yang berselindung dibalik tabir (H/R Bukhari)

5) perbezaan antara hadis dan atsar

Ulama berbeza pendapat tentang perngertian hadis dan atsar. Ada yang mengatakan bahawa hadis dan atsar mempunyai makna yang sama dan ini adalah pendapat imam Muslim, Imam tahawi dan imam tabari. Ulama lain pula mengatakan bahawa hadis adalah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w tetapi atsar adalah apa-apa yang disandarkan kepada selain nabi s.a.w seperti sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.

6) Peranan sunnah dalam Islam

a) menguatkan nas-nas al-Quran
b) berfungsi menerangkan nas-nas yang bersifat umum seperti nas solat. as-sunnah menerangkan tatacara bersolat
c) as-sunnah membatasi (taqyid) nas al-Quran yang bersifat mutlak (tidak terbatas)
d) as-Sunnah berfungsi menguatkan hukum yang terdapat asasnya dalam al-Quran

7) Pembahagian hadis

Ilmu hadis dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian

a) pembahagian hadis mengikut perawi

sesuatu hadis dapat kita bahagikan mengikut jumlah perawi yang meriwayatkannya ianya terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Hadis Mutawatir : hadis yang diriwayatkan oleh oleh sejumlah besar rawi sehingga mustahil bagi mereka bersepakat untuk berdusta. Hadis mutawatir terbahagi kepada 2 iaitu mutawatir lafzi dan mutawatir maknawi

ii) Hadis ahad : hadis ahad ialah hadis yang tidak mencukupi syarat mutawatir. Hadis ahad terbahagi kepada tiga. Ahad gharib, aziz dan masyhur

b) Pembahagian hadis mengikut kesahihan sesuatu hadis dapat kita bahagikan kepada sahih, hasan, dhaif dan palsu.

c) Hadis sahih : hadis yang memenuhi syarat-syarat sahih iaitu dinisbahkan kepada nabi, sanadnya bersambung yakni setiap periwayat mendengar secara langsung dari gurunya, para perawinya adil dan kuat hafalan (maksud adil ialah dia adalah seorang bertaqwa, menjaga kehormatan diri, menjauhi perkara buruk seperti syirik, fasiq dan bid’ah), tidak syadz (maksudnya tidak ganjil/bertentangan daripada hadis-hadis sahih yang lain) dan tidak ada illah (maksudnya tidak ada kecacaan/aib/penyakit yang tersembunyi pada hadis tersebut)

d) hadis dhaif : hadis dhaif ialah hadis-hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis yang sahih. hadis yang dhaif dapat dibahagikan kepada 3 bahagian

i) dhaif kerana sanad. Bila kita baca kitab pastikan take note istilah dibawah yang mengisyaratkan kedhaifan suatu hadis

- hadis muallaq
- hadis mursal
- hadis munqathi
- hadis muaddhal
- hadis mudallah
- hadis mursal khafi

ii) dhaif kerana kehilangan syarat ‘adalah. Take note juga istilah dibawah yang mengisyaratkan kedhaifan suatu hadis

- Hadis maudhu
(http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2015/05/hadith-maudlu.html)

- Hadis matruk
(http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2015/05/hadith-matruk.html)

- Hadis mungkar
(meaning denounced) — According to Ibn Hajar, if a narration which goes against another authentic hadith is reported by a weak narrator, it is known as munkar. Traditionists as late as Ahmad used to simply label any hadith of a weak reporter as munkar.

- Hadis dhaif
(Hadis Lemah)

- Hadis dhaif jiddan
(Hadis yang sangat lemah)


iii) dhaif kerana hilang syarat dhabit. Take note juga istilah dibawah yang mengisyaratkan kedhaifan suatu hadis

- Hadis mudraj
- Hadis maqlub
- Hadis musohhaf
- Hadis mudthorib

e) hadis hasan. Hadis yang dibawah peringkat sahih tetapi masih boleh digunakan untuk berhujah serta beramal dengannya

Pembahagian hadis mengikut sandaran

1) Hadis Qudsi : Apa sahaja hadis yang maknanya datang daripada Allah s.w.t tetapi lafaznya daripada Rasulullah s.a.w. Biasanya bunyi hadis qudsi adalah seperti berikut. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah s.w.t berfirman ..................

2) hadis Marfu’ : hadis yang disandarkan kepada nabi baik perkataan, perbuatan atau pengakuan baik bersambung sanadnya atau tidak

3) hadis Mauquf : hadis yang disandarkan kepada sahabat. ianya merupakan fatwa para sahabat. hadis mauquf juga dikenali sebagai atsar.

4) hadis maqtu : hadis yang disandarkan kepada tabi’in dan tabi’ tabi’in sama ada perkataan perbuatan atau pengakuan

Ini hanyalah ringkasan kepada istilah-istilah hadis. Semoga bermanfaat.



Further Referrence:
Mustolah Hadis||Abu Hafiz
http://livestream.com/accounts/6187560/events/3913322


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment