Pages
▼
Pages
▼
Saturday, September 23, 2017
Keaslian al-Quran - Surah al-Masad ayat 3
Jika kita ditanya, bagaimana nak buktikan bahwa al-Quran itu adalah dari Allah SWT, apakah jawapan kita? Bagaimana kita nak jawab soalan ini supaya mereka yang tanya dapat memahaminya.
Kaedah yang paling senang untuk membuktikan bahwa al Quran adalah dari sang Pencipta alam ialah dengan menggunakan beberapa ayat yang ringkas dari al Quran. Contohnya;
Allah SWT berfirman:
"Ia (Abu Lahab) akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang." (Surah Al-Masad ayat 3)
Semasa ayat ini diturunkan, Abu Lahap masih hidup dan masih mempunyai 10 tahun lagi sebelum ajalnya tiba. Jika dalam jangkamasa 10 tahun ini Abu Lahap tetiba mengucap 2 kalimah syahadah dan jadi Muslim, dia akan dapat jaminan syurga.
Jika Abu Lahap mendapat jaminan syurga, maka ini akan terbukti bahwa ayat no 3 dalam surah al-Masad itu adalah palsu dan seterusnya membuktikan al Quran bukan dari Tuhan yang Maha Mengetahui.
10 tahun adalah satu jangkamasa yang lama. Tiada siapa yang boleh jamin keimanan Abu Lahap kecuali Allah SWT. Jika Abu Lahap mengucap 2 kalimah syahadah setelah ayat itu diturunkan, maka seluruh institusi Islam pada masa itu akan runtuh.
Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat berani menanggung risiko sebegini besar? Adakah para malaikat dan jin dapat menujum masa hadapan? Jika al Quran adalah ciptaan makhluk, maka ayat no 3 dalam surah al-Masad ini sememangnya tidak akan wujud.
Hanya Allah SWT sahajalah yang berani berfirman sedemikian kerana kuasa ghaib adalah milikNya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan pada sisi Allah jualah kunci-kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata." (QS 6:59)
Inilah kuasa Allah SWT yang Maha Mengetahui segala2nya. Tidak perlu ragu-ragu pada janji dan kalam Allah SWT. Janji Allah SWT pasti akan tertunai dan kalam Allah SWT pasti adalah benar.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment