Pages

Pages

Saturday, September 23, 2017

Keaslian al-Quran - Jantina Bayi




Jika kita ditanya, bagaimana nak buktikan bahwa al-Quran itu adalah dari Allah SWT, apakah jawapan kita? Bagaimana kita nak jawab soalan ini supaya mereka yang tanya dapat memahaminya.

Kaedah yang paling senang untuk membuktikan bahwa al Quran adalah dari sang Pencipta alam ialah dengan menggunakan beberapa ayat yang ringkas dari al Quran. Contohnya;
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)" (QS 53:45-46)

Jelas dari ayat ini menunjukkan bahwa dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh 'nuthfah' atau benih lelaki yang terdapat dalam air mani.

Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains pada hari ini. Hal ini adalah kerana jantina seseorang bayi ditentukan oleh kromosom XY dari benih lelaki, manakala wanita hanya mempunyai kromosom XX.

Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki dan perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki.

Fakta scientific ini hanyalah ditemui dalam dekad (dalam lingkungan 100 tahun) ini sahaja, manakala kenyataan tentang kejadian jantina ditentukan oleh benih lelaki dalam al-Quran telah dinyatakan lebih dari 1400 tahun dahulu.


Wallahu'alam



No comments:

Post a Comment