Pages

Pages

Tuesday, July 14, 2015

Fitnah - Slanderous Malignant Defamation



Perkataan 'Fitnah' adalah berasal dari perkataan 'Fatana' dalam bahasa Arab yang bermaksud 'cubaan' atau 'ujian'. Dan salah satu daripada 'ujian' yang termaktub dalam kategori fitnah di dalam Islam adalah penuduhan palsu. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, fitnah dalam Bahasa Malaysia diertikan sebagai:

"Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang."

Fitnah merupakan satu perbuatan yang cukup zalim dan bahaya jika ia melibatkan penganiayaan, penindasan, menimbulkan kekacuan atau rusuhan, kebinasaan, perampasan hak dan harta orang lain, pembunuhan dll.

Dalam agama Islam, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kemudhoratan yang nyata. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermkasud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”(QS 2:217)

Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud menyebarkan tuduhan atau fakta palsu sehingga menyebabkan orang ramai kufur atau syirik kepada Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (HR Bukhari dan Muslim)

Fitnah mudah merebak kerana orang2 yang terlibat itu tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu Islam. Mereka hanya ingin meraihkan nafsu dan kepentingan diri sendiri sahaja. Dan ada dikalangan mereka adalah bersifat munafik yang ingin merosakkan imej Islam. Golongan ini suka membuat fitnah kerana:


1. Hendak berjaya dalam pekerjaan. Contohnya seseorang memfitnah rakan kerjanya lain semata-mata inginkan kenaikan pangkat dan sebagainya.

2. Memburukkan peribadi orang lain. Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mempunyai kepentingan tertentu.

3. Tujuan tertentu. Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang. Lelaki tersebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4. Ingin glamour. Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama, kedudukan, status dan sebaginya.

5. Suka-suka. Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6. Dibayar untuk memfitnah oleh pihak2 tertentu.

7. Tamak harta benda orang lain Ada yang memfitnah kerana inginkan harta benda orang lain.

8. Ada yang memfitnah kerana nak menang dalam pilihanraya.

9. Ada yang memfitnah kerana cemburu dan hasad dengki.

10. Ada yang memfitnah kerana jahil dalam ilmu agama.

Oleh itu, berhati-hatilah kepada pembawa berita fitnah. Janganlah kita diperalatkan oleh golongan2 ini untuk menyebarkan berita2 fitnah mereka. Allah SWT berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."(QS Surah al-Hujurat: QS 49:6)


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment