Pages
▼
Pages
▼
Friday, July 3, 2015
Diantara Dosa dan perkara yang boleh membawa ke Dosa
Di dalam masyarakat Islam hari ini, ramai yang telah terkeliru dengan perbuatan dosa dan perkara2 yang boleh membawa kepada dosa. Di dalam Usul al-Fiqh, menghalang perkara2 yang boleh membawa kepada dosa disebut sebagai Sadd al-Dhari'a.
Secara ringkas, contoh Sadd al-Dhari'a adalah seperti tidak menutup aurat dan bersentuhan dengan ajnabi(bukan mahram) kerana perbuatan ini boleh membawa kepada zina.
Walaupun perbuatan seperti menutup aurat dan bersentuhan dengan ajnabi adalah haram dalam Islam, tetapi tingkatan dosanya tidaklah sama seperti tingkatan dosa kelakuan zina itu sendiri.
Perbuatan zina adalah dilarang sama sekali tetapi perkara Sadd al Dhari'a seperti bersentuhan dengan ajnabi dan menutup aurat mempunyai rukshah atau keringanan yang berbeza dengan kelakuan zina itu sendiri. Apabila seseorang dalam keadaan Hajiyyat ataupun Darurat, maka perkara Sadd al-Dharia adalah diharuskan.
Contohnya seperti dalam keadaan kecemasan atau kemalangan, ajnabi adalah diharuskan untuk bersentuh. Contoh lain adalah seperti berjabat tangan dengan ajnabi, apabila dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan, ia adalah diharuskan sebagaimana dalam dibenarkan dalam fatwa kebangsaan: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-berjabat-tangan-dengan-wanita-ajnabi
Contoh Sadd al-Dhari'a yang lain pula adalah seperti mencerca ataupun menghina agama dan sembahan lain selain Islam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."(QS 6:108)
Larangan perbuatan mencerca dan menghina agama lain adalah untuk mencegah dan menghalang mereka dari mencerca balik agama suci Allah SWT. Apabila kita mencerca agama dan sembahan mereka, mereka akan terasa tidak puas hati dan akan menuntut bela ke atas perbuatan kita dengan mencerca Allah SWT.
- Untuk bacaan selanjutnya, sila ke: http://ilmuislamuallaf.blogspot.com/2014/12/sadd-adh-dharai.html
- Buku rujukan: "Towards Realization of the Higher Intents of Islamic Law" by Gamal Eldin Attia's
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment