Pages
▼
Pages
▼
Saturday, June 27, 2015
Tazkiyat al-nafs - Purification of the soul
Tazkiyat al-nafs merupakan proses penyucian jiwa manusia dengan membuang sifat-sifat tercela yang ada pada diri kita dan dengan akhlak dan sifat-sifat yang terpuji. Langkah pertama yang perlu diambil dalam usaha melakukan tazkiyat al-nafs ialah menuntut ilmu.
Ilmu yang mula2 perlu dipelajari ialah ilmu makrifatullah, atau lebih dikenali sebagai ilmu tauhid. Selepas itu kita kena pelajari ilmu fardhu ain, iaitu hukum-hakam pensyariatan Islam dalam ibadah dan muamalat.
Setelah ilmu yang diperlukan itu diperolehi maka seseorang itu hendaklah berusaha untuk mengamalkan ilmunya sekadar kemampuannya. Apa yang penting ialah kesungguhan dan istiqomah dalam melaksanakan amal.
Kejahilan merupakan hijab kebanyakan manusia. Orang yang berada dalam keadaan kejahilan seumpama orang yang berjalan dalam kegelapan. Dengan sebab kejahilan seseorang itu terhijab daripada Tuhannya sehingga dia tidak mengenaliNya dengan sebenar-benar pengenalan.
Dengan sebab kejahilan seseorang itulah terhijabnya daripada mengenali suruhan dan larangan tuhan sehingga dia mengabaikan tuntutan agamanya dalam kehidupan di dunia ini. Hijab kejahilan merupakan hijab yang pertama yang mesti dibuang daripada diri kita. Kerana hijab kejahilan inilah hati manusia menjadi keras.
Apabila hati manusia telah keras maka mereka akan terhalang daripada mencapai kesempurnaan dan terjerumus dalam dosa dan kemaksiatan. Hanya menerusi proses tazkiyat al-nafs manusia boleh meningkat tahap kemuliaannya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."(QS 29:69)
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment