Pages

Pages

Thursday, June 11, 2015

Talfiq



Talfiq ialah mengikut pendapat imam2 mazhab dalam sesuatu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafii. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat SyafiI dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah. Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulama membahagikan talfiq kepada dua:


1) Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya? Menurut jumhur ulama, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza Wuduk dan sembahyang. Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah SWT terhadap umat Nabi Muhamad SAW.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Abu berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat mazhab Syafii telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut mazhab Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya dan waktu yang berbeza.

2) Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah yang akan menghala ke mafsadah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki. Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

**Anda mungkin juga berminat dengan video bertajuk:

Adakah boleh mengamalkan Talfiq Mazhab?

https://www.facebook.com/MMAYUSOFF/videos/799562293448817

"Imam An-Nawawi | Contoh Keterbukaan Ulama Silam Dalam Mengaplikasi Pandangan Dan Pendapat Mazhab Sendiri"di pautan

https://www.facebook.com/video.php?v=799386583466388

dan

"Talfiq | Adakah perlu tahu dalil secara terperinci bagi membolehkan seseorang itu menggunapakai pendapat daripada "mazhab-mazhab" yang lain"

di pautan

https://www.facebook.com/video.php?v=797011227037257

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment