Pages

Pages

Wednesday, June 24, 2015

Permudahkanlah, jangan dipersulitkan



"Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, berilah khabar gembira, jangan ditakut-takuti."


Setiap orang beramal dengan tingkatan iman dan pembawaan jiwanya sendiri dan hanya Allah SWT sahajalah yang tahu siapakah yang benar dan siapakah yang silap sebagaimana firman Allah SWT:

"Each works according to his manner(disposition), but your Lord is most knowing of who is best guided in way."


"Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".(Surah al Isra' - QS 17:83)

Ketahuilah, amalan seorang muallaf dengan amalan seorang mukallaf yang dah teguh imannya adalah berbeza. Dan perkataan muallaf itu bukanlah hanya tertakluk kepada yang baru memeluk Islam sahaja tetapi juga kepada mereka yang lemah iman-nya yang lahir dalam keluarga Islam.

Maka, janganlah sesekali kita menindas orang yang lemah imannya dan juga yang belum Islam. Janganlah menjadi asbab dan penghalang kepada mereka untuk beriman kepada Allah SWT. Dalam sebuah hadith berkata:

Dari `Umar bin al-Khattab bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab al-Quran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu)."(HR Muslim)

Apabila hilangnya darjat dari Allah SWT, maka kaum itu akan menjadi kaum yang terhina. Oleh itu, jagalah perpaduan ummah Islam dan janganlah menjadi Penghalang Dakwah kepada perkembangan agama Islam dan ajaran al Quran.

Rasulullah SAW bersabda:
“Yassiruu walaa tu’assiruu, basyiruu walaa tunaffiruu."
(Maksud: ”Permudahkanlah, jangan dipersulitkan, berilah khabar gembira, jangan ditakut-takuti.")

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment