Pages
▼
Pages
▼
Wednesday, April 8, 2015
Muallaf Malaysia
Muallaf adalah ibarat budak yg belum baligh, mereka baru nak berjinak-jinak dgn agama Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti orang yang lemah ataupun cetek ilmu. Muallaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari tekanan keluarga mahupun saudaranya, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan.
Sebahagian muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim menganggap muallaf sebagai muslim kelas kedua ataupun pembawa masalah. Di saat kawan-kawan bukan muslim meninggalkan mereka maka muslim juga tidak mahu berkawan dengannya. Bayangkan perasaan muallaf itu apabila dipulau oleh bangsa mereka sendiri yang non-muslim serta kenkawan dan keluarganya dan ditambah pula dengan penghinaan dan cercaan dari para muslimin. Ini adalah amat berat untuk ditanggung oleh seorang muallaf yang baru memeluk Islam.
Ia adalah suatu kezaliman jika seseorang muslimin yang telah mengislamkan seorang muallaf dan dibiarkannya bersendirian tanpa peduli serta tidak memberi bimbingan dan ajaran yg betul kepadanya. Tanggung jawab seorang Islam yg mengislamkan seorang bukan setakat menyuruh dia mengucap 2 kalimah syahada tetapi memastikan muallaf tu mendapat bimbingan dan ilmu yg betul juga menjadi tanggung jawabnya...dan juga tanggung-jawab semua muslimin yang berkenalan ataupun disekeliling muallaf itu.
Biasanya muallaf tidak diberi perhatian yg sepatutnya dan mereka akan diberitahu bahwa mereka perlu pergi berguru dengan ustaz2 muallaf yg disediakan di kawasan mereka oleh pihak berkuasa. Ketahuilah, majoriti muallaf AMAT SUSAH untuk mendapat jawapan benar-benar berdasarkan nas al-Quran dan Hadis Sahih tanpa bercampur baur dengan emosi dan pendirian guru/ustaz itu.
Jika fahaman ustaz yang mengajar muallaf itu jumud, maka jumud-lah fahaman muallaf tu, jika syiah ustaz tu, maka syiah laa muallaf tu. Islam pada asalnya mudah diikuti tetapi ia boleh menjadi menyusahkan apabila jawapan yang diberi bukan lagi bersifat neutral iaitu tanpa sebarang "Prejudice". Seringkali muallaf ditegur tentang amalannya oleh muslim yang dilahirkan dalam keluarga muslim sehingga membuat mereka keliru.
Janganlah memberikan tekanan yang berlebihan kpd muallaf. Inilah yang selalu berlaku, sehingga mereka hilang minat dan tidak selesa untuk meneruskan pelajaran mereka. Minatnya untuk belajar akan semakin berkurang sekiranya sentiasa dipaksa untuk berubah serta merta. Sekiranya muallaf tersebut membuat kesilapan maka tegurlah mereka secara berhikmah supaya mereka tidak terasa terbelenggu ataupun tertekan.
Jika masih ada amalan-amalan tidak baik pd muallaf itu yang bercanggah dengan hukum feqah seperti minum arak, main judi, merokok dll, bimbinglah dan berilah tunjuk ajar kpd mereka secara hikmah dan fahamilah perasaan mereka kerana ia memerlukan masa yang lama untuk meninggalkan perkara2 tersebut dan ia bukan serta merta sebab mungkin sudah menjadi tabi'at yang lama sebelum masuk Islam.
Kita kena faham bahwa fiqh adalah hukum syariat yang boleh berubah-ubah sesuai dengan situasi, waktu dan tempat. Antara hujah yang dijadikan dalih untuk mendukung anggapan ini adalah adanya qaul qadîm (pendapat terdahulu) dan qaul jadid (pendapat terbaru). Dan kita juga kena faham apakah perbezaan diantara fatwa dan hukum. Sifat hukum adalah umum, manakala fatwa adalah cenderung kepada individu atau kumpulan terhad.
Kita juga perlu mempertimbangkan rukhsah yang terkandung pada hukum tersebut, iaitu asas daruriyyat, hajiyyat dan tasiniyyat pada keadaan seseorang apabila berhukum. Ini adalah kerana Allah SWT nak mempermudahkan dan bukan nak kita menanggung kesukaran(QS 2:185, 4:28, 18:88, 22:78, 65:7, 94: 6 dll). Firman Allah SWT dalam Surah ali Imran ayat 159 yang bermaksud:
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah kepada kamu, engkau hendaklah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..."(QS 3:159)
Berdoalah kepada Allah swt agar muallaf2 di Malaysia dipermudahkan segala urusan dan diampunkan dosanya ketika sedang berhijrah ke jalan ilahi.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment