Pages
▼
Pages
▼
Thursday, March 12, 2015
Siapakah Wahabi?
Wahabi hanya satu istilah yang diwujudkan untuk melabel orang2 yang berlainan fahaman ataupun yang tidak bersependapat dengan mereka saje. Sehingga sekarang saya tidak pernah jumpa seorang muslim yang mengakui dirinya wahabbi.
Tetapi yang tertuduh dan dituduh wahabbi pula, ramai. Saya pernah menanya orang2 yang suka mengelar orang lain sebagai wahabbi, apa maksud wahabbi? Jawapan yang diberi mereka semua berlainan dan berbeza2. Ini bermakna ia bukan satu Ijma' dalam Islam apa sebenarnya wahabi.
Setelah dikaji, rupa2nya mereka yang digelar wahabbi itu hanyalah berbeza pendapat dalam perkara2 feqah dengan si penuduh. Perkara ini berlaku kerana mereka tidak mempunyai asas Ilmu Usul Fiqh dan Maqasid Syariah. Jika mereka mempunyai asas ilmu2 ini, mereka akan faham mengapa berlakunya khilaf.
Muhammad ibn Abd al-Wahhab (1703–1792) hanyalah seorang ulama yang bermazhab Hanbali. Dalam fahaman Hanbali, Hadis2 Ahad boleh dijadikan hukum tanpa sebarang sandaran spt Ijma, Qiyas, Maslahah dll. Inilah sebabnya hukum-hakam mazhab hanbali ketat sedikit jika berbanding dengan pendapat mazhab lain.
Muhammad ibn Abd al-Wahhab pernah melancarkan revolusi terhadap golongan barat di Turkey. Perkataan wahabbism ini telah dicipta dan digunakan oleh puak barat untuk melabel beliau dan juga muslim2 yang berpegang teguh pada syariat Islam pada masa itu. Puak barat inilah yang telah telah menyebarkan wahabism ini keserata dunia.
Pihak barat telah menuduh gerakkan beliau 'a conservative reform movement', 'a misguided creed that fosters intolerance', 'salafist movement' dll(Encyclopedia of Islam and the Muslim world). Manakala kita di Malaysia pula, dipengaruhi oleh pengaruh2 barat ini melalui fahaman secularism dan telah menggunakan perkataan wahabbi untuk gelar orang2 yang tidak bersependapat dengan kita.
Oleh itu, bagi saya perkataan wahabbi ini hanyalah sesuatu yang telah dipolemickan oleh puak barat yang tidak wujud dalam context Islam. Ia bukan seperti Syiah, Khawarij ataupun Ahbash yang mempunyai pengikut2 setianya. Wahabbi hanyalah satu label yang diwujudkan oleh puak barat seperti Al Qaeda, ISIS, Plularism, Liberalism dll untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment