Pages

Pages

Friday, February 20, 2015

Nama Islam - Islamic Names




Nama adalah pengenalan bagi seorang manusia. Seseorang itu akan dipanggil dan dikenali melalui namanya yang diberi oleh ibubapa mereka. Urusan kehidupan dunia ini menuntut setiap manusia agar mempunyai nama, justeru semua tamadun manusia menggunakan nama sebagai pengenalan diri. Setiap orang dan bangsa di dunia ini mempunyai nama yang digunakan untuk dikenali. Inilah yang membezakan manusia dengan binatang.


Apa yang dimaksudkan dengan nama Islam? Adakah ia nama dalam bahasa arab atau melayu ataupun nama yang mempunyai makna yang baik? Ramai orang berpendapat bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa arab/melayu tetapi pada hakikatnya nama Islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik tak kira dalam bahasa apa kerana Allah SWT Maha Mengetahui. Akan tetapi, apabila seseorang memeluk Islam di Malaysia, mereka disyaratkan untuk menukar nama mereka ke 'bin' Abdullah, Muhammad dll.

Perbuatan mensyaratkan orang yang memeluk Islam menukar kepada nama Arab @ ‘Melayu’ bukanlah dari ajaran islam tetapi lebih kepada budaya di Malaysia. Ia tidak pernah diamalkan pada zaman Rasulullah SAW mahupun di serata dunia tetapi hanya diamalkan di Malaysia sahaja. Perlulah diketahui bahawa agama Islam boleh menerima apa jua amalan dan budaya mana-mana bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Disebut dalam surah Al-Ahzab 33:5,

“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.”

Dan juga disebut dalam Sahih Bukhari Bab 8 No.578, Sahih Muslim Bab 1 No.120 dan Daud Bab 4 No.5095.

“Sesiapa yang secara memanggil bapanya dengan nama yang lain akan terkeluar dari syurga.”

Selain itu, disebut dalam Sahih Bukhari Bab 4 No. 467, Sahih Muslim Bab 1 No.118 dan Daud Bab 3 Ayat 5095.

“Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah melakukan kufur.”

Hikmah di sebalik larangan menukar nama bapa

1) Untuk mengelak dari berlakunya perkahwinan di antara ahli keluarga yang diharamkan berkahwin akibat tidak tahu asal-usul keturunan.

2) Nasab adalah sangat penting dalam Islam. Dan nasab seseorang itu adalah berdasarkan nasab bapanya. Atau kata lainnya, Allah telah mencipta seseorang lelaki itu sebagai punca pertalian nasab keturunan. Disebut dalam surah Al-Furqan 25:54 :

“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya titisan baka dan pertalian keluarga”

3) Bagi menunjukkan bahawa orang yang masuk Islam itu masih mengekalkan perhubungan bapa-anak seperti biasa dan bahawa Islam itu tidak sekali-kali memutuskan pertalian di antara kaum keluarga, malah sebaliknya sangat mengambil berat terhadap perhubungan kekeluargaan.

Rasullullah SAW tidak menukar nama bapa sahabat yang memeluk Islam walaupun ia berunsur syirik. Contoh-nya, Abdullah bin Abdul Asad. Nama bapanya tidak diubah walaupun mempunyai unsur syirik iaitu ‘Hamba Singa’ (Abdul Asad). Sekiranya wajib bagi seseorang itu menukar nama apabila hendak memeluk agama Islam, sudah pasti Rasullullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengamalkannya. Sebagai contoh Salman al-Farisy dari Persia dan Bilal ar-Rabah dari Etophia, baginda tidak menyuruh mereka menukar nama kepada nama arab apabila mereka memeluk islam.

Sebarang penetapan syarat atau hukum penukaran nama untuk orang2 yang baru memeluk Islam mestilah didirikan di atas nas dan dalil, jika tidak dibimbangi ia akan termasuk di dalam perbuatan taqawwul ke atas Allah SWT, iaitu sesuatu yang tidak Dia diperintah olehNya. Allah melarang perbuatan ini dengan firman-Nya:

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: “Ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” (Surah al-Nahl ayat 116)

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment