Pages

Pages

Thursday, December 18, 2014

Qawa'id al Fiqhiyyah - Legal Maxim No 4



Harm must be eliminated

The basis for this maxim is the hadith: "Harm may neither be inflicted nor reciprocated in Islam." (Tiada mudarat dan tidak memudaratkan - hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

ISLAM merupakan agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta.

This maxim, upon which many rulings are based, enters into numerous sections of fiqh. Furthermore, this legal maxim has various sub-divisions:

1) Necessity makes the unlawful lawful, such as eating un-slaughtered dead.

- Keadaan Darurat Mengharuskan Perkara Yang Haram. Apabila kita berhadapan dengan keadaan yang mendatangkan mudarat kepada diri, maka diharuskan pada waktu itu untuk melakukan perkara yang haram.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Maidah - QS 5:3)

2) Necessity is measured in accordance with its true proportions, such as only eating from un-slaughtered dead the amount needed to keep oneself alive.

- Keharusan semasa darurat itu hanyalah sekadar untuk melepaskan keadaannya dalam keadaan darurat dan dia tidak boleh mengambil kesempatan untuk berlebih-lebihan serta tidak cenderung untuk melakukannya melainkan kerana keadaan pada waktu itu memaksanya.

3) Harm must be eliminated but not by means of another harm, such as when a person eats the food of another to satiate his own hunger.

"Matlamat tidak menghalalkan cara"
Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan. Ini bermakna umat Islam tidak boleh menolak sesuatu kemudaratan dengan menggunakan mudarat yang lain. Contohnya, seseorang itu tidak boleh merosakkan kehidupan orang lain demi menyelamatkan kehidupannya.

4) "Choose lesser of the two evil." 
A greater harm is eliminated by means of a lesser harm. This axiom is derived from the incident of the desert Arab who urinated in the mosque, and the Prophet (may Allah bless him and give him peace) ordered the companions to leave the desert Arab as he was in order to eliminated a greater harm.

Di Antara Dua Kemudaratan, Dihindarkan Yang Lebih Berat Dengan Mengambil yang Lebih Ringan. Apabila seseorang itu diancam nyawanya supaya dia mengucapkan kalimah kufur, maka Islam membenarkannya asalkan hatinya tetap dalam keimanan.

Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman..." (Surah an-Nahl - QS 16:106)

5) Prevention of evil takes priority over the attraction of benefit, such as leaving the group prayer or Friday prayer due to illness.

Sadd al Dhari'ah adalah satu kaedah Istihsan yang digunakan untuk berijtihad oleh para Mujtahid untuk menghalang tersampainya ke perkara mudharat atau perkara dosa. Jika sesuatu itu dianggap sedang atau akan menimbulkan kemudharatan, maka wajib dihilangkan atau ditinggalkan.

Fath al Dhari'ah adalah satu kaedah Istihsan yang digunakan untuk berijtihad oleh para Mujtahid untuk menghalalkan perkara yang haram untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi kepentingan awam (mencapai maslahah atau menghilangkan mafsadah).

The various levels in this maxim are:

1) Daruriyyat (essentials) are divided into 5 sub-categories which are Religion, Life, Intellect, Lineage and Property. Absence of these 5 sub-categories will create a wrecked society, destroy all forms of order and breed chaos.

i) Preservation and protection of religion (agama)

ii) Preservation and protection of life (nyawa)

iii) Preservation and protection of progeny (nasab atau keturunan)

iv) Preservation and protection of intellect (akal)

v) Preservation and protection of wealth (harta)


Maslahah daruriyat (keperluan asas) ialah maslahah yang menjadi keperluan asas kepada kehidupan manusia di dunia dan akhirat, jika sekiranya tidak dipelihara maslahah ini kehidupan manusia akan pincang dan hilang nikmat abadi.

2) Hajiyyat (complimentary) aims to protect and promote the first category (i.e. darurriyat), by removing difficulty and hardship i.e concessions in Shariah such as the shortening of prayer for a traveler. Neglecting the hajiyyat will not lead to total disruption or chaos, but will definitely make life difficult.

Maslahah hajiyat (perlu atau berhajat) ialah perkara yang diperlukan kerana memberi keselesaan kepada kehidupan dan mengelakkan daripada kesempitan yang pada kebiasaannya membawa kepada kesusahan dan keserbasalahan dalam hidup.

3) Tahsiniyyat (elaboration of needs i.e decorations) are embellishments like the encouragement for the wearing of perfume to the Friday prayer or voluntary sadaqah.

Maslahah tahsiniyyat (kemewahan) atau kamalat ini ialah sesuatu maslahah yang termasuk di dalam perkara yang membawa kepada penyempurnaan hidup seperti adat-adat dan akhlak yang baik, menjauhi kekotoran dan sikap yang buruk dan melakukan amalan-amalan sunat dalam ibadah.

Kesimpulan:
Daruriyat adalah kemaslahatan dunia dan agama diasaskan di atas menjaga lima perkara asas, iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. manakala hajiyat adalah berbentuk keperluan dan tahsiniyat adalah kehendak kemewahan.

Sebagai contoh, penggunaan handphone pada masa sekarang boleh dikatakan sebagai hajiyat (keperluan) kerana ianya adalah alat komunikasi yang penting pada hari ini. tetapi berkeinginan untuk memiliki handphone yang mahal dan canggih adalah tahsiniyat kerana ia adalah sesuatu (kehendak) kemewahan.


Wallahu'alam





No comments:

Post a Comment