Pages

Pages

Wednesday, December 17, 2014

Usul Fiqh dan Maqasid Syariah


Pengenalan Maqasid al-Syariah (objectives or the higher intent of Islamic rulings) merupakan salah satu cabang ilmu Syariah yang sangat penting dan berkembang dengan pesatnya di kebelakangan akhir2 ini.

Perkara ini didorong oleh gelombang kemodenan yang semakin hebat melanda dunia. Sehubungan itu, permasalahan kehidupan manusia juga menjadi semakin luas skopnya dan semakin kompleks.

Maqasid Syariah bermaksud tujuan atau natijah (objective and purpose) yang dikehendaki oleh syarak (islamic law) melalui sumber nas & dalil menerusi al-Quran dan as-Sunnah.

Maqasid Syariah dapat menyelaraskan tujuan pensyariatan yang berupaya menghasilkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah mufsadah (kemudaratan). Maqasid Syariah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu:

a) Maslahah Dharuriyyah (the basic survival necessities of humanity)

b) Maslahah Hajiyyat (the needs of humanity to alleviate life's hardships and difficulties)

c) Maslahah Tahsiniyyah (human needs that refine and embellish human's lives - by beautification or adding elegance to life)


i) - Maslahah dharuriyyah adalah tingkatan maslahah yang paling penting dan menjadi asas kepada penjagaan hukum Islam. Tanpa penjagaan terhadap maslahah ini, manusia akan menghadapi kepincangan dalam kehidupan mereka.

Maqasid dharuriyyah menggariskan kewujudan lima objektif utama syariah iaitu:

1. Pemeliharaan agama (hifz al-din)

2. Pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs)

3. Pemeliharaan akal (hifz al-a’ql)

4. Pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)

5. Pemeliharaan harta (hifz al-mal)


Oleh itu, sebarang percubaan untuk menggugat cara hidup (ad-din), jiwa, akal, nasab dan harta dengan menafikan keperluan kehidupan seperti pendidikan, makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah pencerobohan terhadap hak asasi manusia sejagat.

Islam telah mengangkat darjat manusia keseluruhannya dengan penyataan di dalam al-Quran (QS 17:70) yang menggunakan istilah 'Bani Adam' yang merujuk kepada semua manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam.

ii) - Maslahah Hajiyyat pula adalah tingkatan kedua tahap keperluan manusia yang mana apabila ketiadaannya akan menyebabkan timbulnya kesusahan dan kesempitan.

Namun kesusahan tersebut tidaklah mencapai tahap membahayakan nyawa ataupun mencapai tahap mengganggu langsung urusan menusia tersebut.

Contoh bagi maslahah hajiyyat dalam ibadat ialah rukhsah-rukhsah yang diberikan untuk memudahkan kita semua, seperti bertayamum apabila tiada air untuk berwuduk, keharusan jamak dan qasar solat dan sebagainya.

Contoh dalam bukan ibadat pula ialah seperti diharuskan perceraian untuk melepaskan pasangan daripada ikatan perkahwinan yang musnah, persentuhan kulit diantara ajnabi dan lain-lain lagi.

iii) - Maslahah Tahsiniyyat pula ialah satu perkara yang menjadikan kehidupan manusia berada dalam keadaan adab yang cukup tinggi dan akhlak yang baik, iaitu dengan mengambil perkara-perkara yang baik-baik daripada kehidupan dan meninggalkan benda-benda yang buruk dan kotor yang tidak diterima oleh akal yang baik.

Ia terkumpul dalam kemuliaan akhlak. Contoh bagi maslahah tahsiniyyat dalam ibadat ialah bersuci, menghilangkan najis, menutup aurat dan sebagainya. Ia juga terdapat dalam semua keadaan, samalah seperti dharuriyyat dan juga hajiyyat.

Maslahah Tahsiniyyat boleh didefinisikan sebagai Maslahah yang diperlukan oleh manusia untuk menambahkan pembaikan, kemudahan dan kesenangan dalam hidup manusia yang selaras dengan tujuan penetapan hukum Islam.

Berdasarkan keterangan ini, jelaslah wujudnya tingkatan dalam hukum-hukum taklif dalam Syariah Islam, dan ia bukanlah dalam satu peringkat yang sama (Islam tidak rigid), samada suruhan ataupun larangan.
Mereka yang memahami konsep Maqasid al-Syariah akan berasa kagum dengan keindahan ajaran Islam serta hukum-hakamnya. Al Quran merupakan sumber utama dalam prosedur untuk melakukan istinbat (penetapan) hukum.

Tanpa Al Quran dan as Sunnah, tidak mungkin dipahami ajaran Islam dan hukum Islam secara keseluruhan. Ayat al Quran dan Hadis Sahih boleh dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu:

A) Qat'i al-tsubut and Qati al Dilalah - Authenticated and Certain in it's meaning
- Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang jelas dan kukuh serta tidak mengandung kemungkinan makna yang lain.
Contoh - Hukum minum arak adalah haram - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang jelas lagi kukuh.
Contoh lain - Rukun Islam dan Rukun Iman

B) Qati al-tsubut and Zanni al- Dilalah - Authenticated but not Certain in it's meaning
- Ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas.
Contoh - Hukum potong tangan pencuri - dari ayat Al Quran dan Hadis Mutawatir yang mempunyai maksud yang yang kurang jelas. Potong sikt(kelar) tangan si pencuri atau potong sehingga putus? Jika anak mencuri Rm1.00 dari kocek bapa, adakah ia dikira mencuri dan perlu potong tangan?
Contoh lain: ayat 'Alif Lam Min' dari Al Quran yang tidak diketahui maksudnya kecuali Allah SWT.

C) Zanni al tsubut and Qati al Dilalah - Not Authenticate but Certain in it's meaning
- Hadis Ahad yang mempunyai kandungan maksud yang jelas dan kukuh.
Contoh - Hadis Isra’ Mikraj dimana Rasulullah SAW dibelah dada untuk dicuci hatinya dan Baginda SAW menaiki buruq dari Medina ke Masjidil al Aqsa(Palestine).

D) Zanni al tsubut and Zanni al Dilalah - Not Authenticate and not Certain in it's meaning- Hadis Ahad yang mempunyai kandungan maksud yang kurang jelas.
Contoh - Hadis ahad yang bersanad dhoif dan maudhu

Apabila tiada nas & dalil yang Qat'i al-tsubut, maka para ulama Mujtahid akan menggunakan kaedahj2 ijtihad yang seperti Ijma'. Qiyas, Hadith Ahad, Maslahah, Uruf dan lain-lain untuk mengeluarkan fatwa atau hukum. Contohnya:

(biasanya khilaf diantara para ulama mazhab akan berlaku selepas garisan ini, iaitu apabila tidak mempunyai nas & dalil yang jelas dari Al Quran dan hadis mutawatir(Qat'i al-tsubut).

( http://kurauking.blogspot.com/…/maqasid-syariah-dan-usul-fi… )

1) Muamalat merupakan semua tatacara, hukum syariat dan interaksi dalam urusan dunia yang bersangkut paut dengan perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah SWT(hablum minannas). Manakala ibadat(spt rukun solat, wuduk dll) adalah semua hukum syariat dan peraturan yang berkaitan dengan perhubungan dengan Allah SWT(hablum minallah).

2) Semua perkara dan urusan Muamalat adalah dibolehkan(harus dan halal) selagi tiada nas dan dalil yang membuktikan larangannya(mengharamkannya) dan segala urusan ibadat(perkara yg berkaitan dengan akidah) adalah haram sehingga terdapat nas dan dalil yang membenarkannya(menghalalkannya).

( http://kurauking.blogspot.com/…/maqasid-syariah-muamalat-da… )

3) Sadd al-dhara’i(blocking the means) bermaksud mengharamkan apa yang halal dalam perkara muamalat(selain perkara ibadah) yang tidak bercanggah dengan ajaran Al Quran dan Hadis Mutawatir untuk kebaikan saksama perpaduan Masyarakat Islam. Contoh: Menutup aurat atau berjabat tangan dengan ajnabi(bukan mahram) adalah perkara(Sadd al-dhara’i) yang akan membawa kepada dosa zina.

4) Fath al-dhara’i’(allowing the means) bermaksud membenarkan sesuatu perkara yang haram dalam perkara muamalat(selain perkara ibadah) yang tidak bercanggah dengan ajaran Al Quran dan Hadis Mutawatir untuk kebaikan saksama perpaduan Masyarakat Islam. Contohnya: Menutup aurat atau berjabat tangan dengan ajnabi(bukan mahram) adalah harus dalam keadaan Hijayyah.

5) Daruriyyah - keadaap apabila semua keperluan asasi manusia mencukupi. (opposite of daruriyyah is darurat). Hukum dikeluarkan untuk keadaan ini.

6) Hijayyah - apabila keperluan asasi manusia diperlukan dalam kehidupan agar dapat mengelakkan daripada kesempitan. Apabila dalam keadaan apabila manusia amat berhajat kepada sesuatu benda atau perkara demi memudahkan kehidupan. Fatwa dikeluarkan untuk keadaan ini.

7) Tahsiniyyah - apabila kehidupan manusia dalam kemewahan. (luxury living). Perlu mematuhi segala hukum-hakam Islam dan fatwa yang dikeluarkan untuk keadaan ini.

8) Qawaid al Fiqhiyyah - Para mujtahidin mazhab telah bersepakat dan mempersetujui atas landasan metologi(kaedah) ijtihad dalam lima perkara, iaitu:

a) Membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia(Al-Dhararu Yuzal).

b) Sesungguhnya setiap amal perbuatan Itu bergantung pada Niat dalam hati(al-umuru bi maqashidiha)

c) 'Keyakinan tidak hilang dengan keraguan'(al-Yaqiin la Yuzaal bil al-Syak). Ini bermaksud sesuatu perkara(asal) yang sudah diyakini, apabila timbul keraguan selepas itu tidak akan menjejaskan keyakinan yang asal dan tidak boleh ditinggalkan hanya disebabkan keraguan atau syak. Syak pula ialah sesuatu keraguan dalam hati seseorang apabila ketiadaan bukti kukuh(bukti yang tidak meyakinkan).

d) Kesulitan mendatangkan kemudahanatau kesusahan disertai dengan kemudahan(mashaqqatu tujlab at-taysir) berdasarkan dalil:
Firman Allah SWT maksudnya : " Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran." (Surah al-Baqarah ayat 185)

e) Adat(Urf) sebagai salah satu faktor penyumbang kepada ketentuan hukum atau menjadikan adat itu sebagai hakim dalam pembentukan undang-undang (Al-'Adatu Muhakkamah)

( http://kurauking.blogspot.com/…/usul-fiqh-qawaid-al-fiqhiyy… )

9) Maslahah bermaksud kebaikkan dan kepentingan umum(Public Interest)

10) Mafsada bermaksud kebinasaan dan keburukkan umum.(Public Destruction)

11) Tools of Maqasid Syariah - Hadis Ahad, Ijma', Ihtisan, Maslaha, Istishab, Qiyas, Uruf, Amal Medina, Pendapat Sahabat(opinion of sahabi), Sadd al-dhara’i, Fath al-dhara’i’ dan lain2. Para Mujtahids akan menggunakan 'tools' ini untuk menhasilkan fatwa apabila tiada penjelasan yang nyata dari Al Quran dan Hadis Mutawatir.

Untuk memahami istilah2 terminology Tools of Maqasid Syariah, sila ke:
http://kurauking.blogspot.com/…/understanding-islam-common-…

12) Hadis Mutawatir - Hadis Sahih yang mempunyai rankaian Perawi atau Periwayat lebih dari 3 orang - unlimited

13) Hadis Ahad - Hadis Sahih yang mempunyai rankaian Perawi atau Periwayat dari 1 - 3 orang.

14) Dalam Mazhab Shafii, 'hierarchy of authority' untuk mengeluarkan sesuatu hukum fiqh/fatwa, pertimbangan akan ditumpukan pada:

- 1)Quran, --> 2)Hadist Mutawatir, --> 3)Ijma, --> 4)Hadist Ahad, --> 5) Qiyas, --> dll

Dalam Mazhab Shafii, inilah turutan yang akan diguna pakai untuk mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum. Para ulama akan mempertimbangkan nas & dalil Al Quran, lepas tu Hadis Mutawatir dan seterusnya kepada Ijma' ulama dan ke Hadis Ahad, lepas tu barulah Qiyas.

( http://kurauking.blogspot.com/…/maqasid-syariah-hierarchy-o… )



15) Islam adalah ad deen (way of life) yang berasaskan fitrah manusia. Tujuan Allah SWT mencipta Syariat menurut pandangan Imam al-Syatibi, adalah bertujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekelian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan atau keburukan (mafsadah).

Imam al-Syatibi menyatakan, syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT adalah untuk difahami oleh manusia untuk mereka melaksanakanya dan mengamalkannya, jika ianya tidak dapat difahami oleh manusia, tiada erti pada penurunan syariat tersebut.

Bukti mengenai kenyataan tersebut ialah penurunan Al-Quran itu sendiri dalam bahasa arab sesuai dengan suasana arab lewat penurunannya dan juga isi kandungan Al-Quran yang mudah difahami oleh manusia(QS 44:58).

Oleh itu, Maqasid Syariah Islam (the purpose or objective of Islam) secara ringkasnya adalah berdasarkan:

1) The Preservation of Life (pemeliharaan jiwa)
The sanctity of human life is one of the necessities of human existence. Islam obligates man to secure the means to sustain his life.

This includes obtaining food, drink, clothing, and shelter. It is forbidden for a Muslim to eschew these necessities to the point where it endangers his life. Islam prohibits the taking of human life, whether the life of our own or that of someone else. The Quran says:

“...if anyone slays a person, it would be as if he slew the whole mankind..."(QS 5:32)

2) The Preservation of Faith (pemeliharaan ugama)
- Faith must be firmly established on clearly defined articles. The articles of faith are: belief in Allah SWT, His Messengers, His Books, His angels, the Day of Judgment, and His Divine Decree.

Faith is established on the basis of knowledge and rational proofs. On these grounds, Islam calls towards examination, contemplation and reflection.

3) The Preservation of Lineage (pemeliharaan nasab - keturunan)
Lineage, here, is understood to mean the continuation of the human species through the agency of hereditary descent. Islam strives to perpetuate the human line on Earth until the Last Day.

4) The Preservation of Wealth (pemeliharaan harta)
- Any means of acquiring wealth that is unlawful and harmful to others is expressly forbidden. One such means is usury (riba').  Islam also prohibits transgressing against the wealth of others through theft, burglary or fraud.

Islamic Law provides legislation to protect the wealth of the mentally deficient and others who are incapable of managing their own wealth. This includes the wealth of orphans and minors until they reach the age of discretion.

5) Educating the individual; (Wisdom) - Enhancement and protection of the mind.
- Pemeliharaan akal, kebijaksanaan melalui pelajaran

6) Establishment of justice; (Justice)
- Menegakkan Keadilan (QS 2:178, 5:45)

7) Upholding morality, in public and private; (Moral)
- Menegakkan akhlak yang murni - umum dan individu

8) Preventing hardship, on individuals and society; (Welfare)
- Mencegah kemudhoratan, mencegah mufsadah dan kesusahan/kepayahan.

9) Preventing oppression. (Mercy)
- Menyekat penindasan dan mencegah kezaliman

10) Promotion of Social cohesion, unity and brotherhood.
- Perpaduan Ummah (QS 3:103, 8:46, 49:10, 21:92 etc)

Apabila datang kepada kamu sesuatu berita atau hukum/fatwa serta terjemaahan ayat Al Quran yang bercanggah dengan 5 perkara ini, maka berwaspadalah kerana ia berkemungkinan daripada sumber yang palsu, tafsiran yang salah atau 'taken out of context'.

Maqasid Shari’ah, or the higher objectives of Shari’ah, is a manifestly important and yet somewhat neglected discipline of the Shari’ah.

The Shari’ah generally is predicated on benefits to the individual and the community, and its laws are designed to protect these benefits and to facilitate the improvement and perfection of the conditions of human life.

The Qur’an is expressive of this when it points to the main purpose of the prophet hood of Muhammad (SAW): “We have not sent you but as a Mercy to the worlds” (Qur’an 21:107).

This can also be seen in the Qur’an’s characterization of itself as “a healing to the (spiritual) ailments of the hearts” and “a Guidance and Mercy” for the believers and mankind (Qur’an 10:57).

The objectives of Rahmah (mercy or compassion) mentioned in these two verses are further substantiated by other provisions in the Qur’an and Sunnah of the Prophet that seek to establish justice, eliminate prejudice, promote wisdom, protecting wealth and progeny, alleviate hardship etc.



16) Hadis

Hadis yang ditolak
( http://kurauking.blogspot.com/…/ilmu-hadis-hadis-yang-ditol… )

Hadis matan palsu
( http://kurauking.blogspot.com/…/kenali-hadis-palsu-menerusi… )

Asbabul wurud
( http://kurauking.blogspot.com/20…/…/asbabul-wurud-hadis.html )

17) Mujtahid - http://kurauking.blogspot.com/2014/12/mujtahid.html

18) Types of Sunnah - http://kurauking.blogspot.com/2014/11/types-of-sunnah.html

19) Jenis2 Fiqh dalam Islam - http://kurauking.blogspot.com/…/jenis2-fiqh-dalam-islam.html

20) Unity in Islam - http://kurauking.blogspot.com/2014/10/unity-in-islam.html

Wallahu'alam

1 comment:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWV2lZaDBldU5Mem8/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:



    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: 1. "Surat Terbuka Kepada PM (Surat PM)' dan 2. "Beberapa Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang disembunyikan".

    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan



    ReplyDelete